web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terpaksa Rahsia Berhenti Sekolah Kerana Tak Mahu Beri Impak Negatif - Aedy Ashraf

Aedy turut mengakui bahawa keputusan tersebut bukan perkara yang mudah baginya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 8:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Aedy Ashraf, 30, mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau memilih untuk merahsiakan keputusannya berhenti sekolah semasa berada di Tingkatan Empat.

Katanya, rahsia yang telah disimpan selama 13 tahun itu tidak boleh didedahkan terlalu awal kerana bimbang akan memberikan impak negatif kepada peminat.

“Kalau melihat kepada pengikut saya di Instagram atau X, mereka macam adik-adik saya (lebih muda). Saya tidak mahu apa yang berlaku kepada saya itu menjadi ikutan. Kalau saya ada peluang untuk sambung belajar pada ketika itu, saya akan lakukannya,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem War on Terror: KL Anarki (WOT: KLA).

Aedy bersama antara barisan pelakon War on Terror: KL Anarki yang lain ketika sidang media tayang perdana filem tersebut
Aedy bersama antara barisan pelakon War on Terror: KL Anarki yang lain ketika sidang media tayang perdana filem tersebut

Aedy turut mengakui bahawa keputusan itu bukan perkara yang mudah, namun dia tidak pernah menyesal dengan tindakan tersebut.

“Saya tidak menyesal kerana berhenti belajar. Apa yang berlaku di dalam hidup saya sebelum ini sudah tertulis. Ia bukan satu proses yang mudah tetapi saya bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat dari ibu dan keluarga,” tambahnya.

Aedy atau nama penuhnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata, walau apa jua tindakan yang diambil, dia tetap menganggap pendidikan adalah aspek penting dalam kehidupan.

“Saya tidak pernah cakap belajar atau pendidikan tidak penting. Bagi saya, ia sangat penting untuk semua orang dan saya juga menekankan bahawa kerja keras itu adalah penting.

“Tapi, saya tidak bernasib baik kerana tidak dilahirkan dalam keluarga berada dan ia telah menjadi halangan untuk saya meneruskan pelajaran. Anda di luar sana yang ada rezeki dan masa untuk sambung belajar, tolonglah lakukan kerana ia sangat penting,” tegasnya.

Aedy turut berkongsi bahawa dia banyak membaca buku dan mengambil kelas online untuk belajar serta mengasah ilmu dalam bidang lakonan dan pembikinan filem kerana pendidikan tiada penamat.

“Bagi saya, belajar adalah suatu proses yang tidak akan pernah selesai,” tambahnya. - Getaran, 16 November 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN