web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sharifah Sakinah ‘Menyepi’ Dari Media Sosial

Terkesan dengan situasi semasa dunia, Sakinah berbuat demikian kerana mahu menjaga perasaan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 1:23PM

Sharifah Sakinah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menerusi satu hantaran di akaun media sosial Instagram, pelakon Sharifah Sakinah mengumumkan bahawa beliau akan mendiamkan diri buat seketika daripada dilihat secara dalam talian.

Jelas Sakinah, beliau mahu melindungi perasaannya kerana cukup sedih dengan keadaan dunia ketika ini

“Mendiamkan diri selama beberapa hari. Saya akan membebaskan diri saya daripada sebarang berita dan mana-mana media lain.

“Sungguh sedih melihat situasi dunia ketika ini. Saya ingin lebih mengutamakan dan melindungi emosi dan mengirim doa buat mereka yang terjejas dengan peperangan dan ketamakan manusia. Kepada keluarga dan rakan-rakan, anda tahu di mana untuk mencari saya,” kongsi Sakinah.

Dalam masa yang sama beliau juga berpesan sekiranya ada pihak yang mahu bertanyakan tentang hal-hal kerja, boleh menghantar email ke [email protected].

Perkongsian Sakinah ini mendapat respon yang positif daripada pengikutnya. Rata-rata mendoakan akan urusan Sakinah dipermudahkan dan memintanya menjaga diri dengan baik.

Pada 2019, Sakinah mendedahkan beliau menghidapi penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD selepas menamatkan zaman persekolahan.

Untuk lebih fokus dan membantunya lebih tenang dan sabar, Sakinah mengamalkan diet sihat, rutin senaman dan meditasi.

Selain itu, Sakinah juga pernah mendapatkan rawatan di luar negara untuk masalah kesihatannya itu. – Getaran, 15 November 2023

Foto : IG Sakinah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN