web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ride Solidarity Palestine Tidak Gentar Tempuhi Hujan

Awie turut menjemput kumpulan peminat motosikal lain untuk menyertai acara ini di Masjid Negeri di Ipoh, Perak.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 12:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujan lebat dan perjalanan lebih 200 kilometer dari ibu negara ke Ipoh, tidak memudarkan semangat peserta Ride Solidarity Palestine yang diketuai penyanyi lagenda rock tanah air Awie.

Program itu anjuran Wings Motor Gang Society (WMGS) ASEAN, bersama 11 lagi kelab motosikal berkuasa tinggi lain, membabitkan kira-kira 300 peserta.

Konvoi berkenaan tiba di Masjid Sultan Idris Shah II iaitu Masjid Negeri Perak kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Menurut Awie, konvoi tersebut melibatkan pelbagai jenis motosikal termasuk Harley Davidson, dalam jumlah yang agak besar.

Katanya, konvoi itu turut menjemput kumpulan motosikal lain untuk menyertai acara ini di Masjid Negeri di Ipoh, Perak bagi menunjukkan solidariti sokongan penunggang motosikal Malaysia terhadap Palestin.

“Kita juga menjemput semua rakan-rakan permotoran yang lain bagi memeriahkan acara dan menunjukkan perpaduan kita.

“Sama-sama kita menentang Zionis dan minta (doa) dikembalikan kemerdekaan kepada Palestin. Mari kita sama-sama doakan,” katanya melalui satu hantaran di akaun Instagram beliau semalam.

Menerusi perkongsian di media sosial ahli-ahli WMGS, walaupun hujan di sesetengah lokasi, ia ini tidak mematahkan semangat penunggang Ride Solidarity Palestine sebaliknya perjalanan diteruskan sehingga ke destinasi.

Ia mencerminkan kekuatan dan kesatuan kumpulan-kumpulan motosikal di Malaysia yang menentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Sebelum ini, Awie membuat pengumuman mengenai acara berkenaan pada sidang media konsert Wings The Rock Emperor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

WMGS merupakan sebuah Pertubuhan Kelab Permotoran (MG) motosikal berkuasa besar yang dianggotai sepenuhnya oleh ahli-ahli Bumiputera yang mendokong tiga perkara utama iaitu Silaturrahim, Ekonomi dan Kebajikan. – Getaran, 14 November 2023

Sumber Foto: Instagram Awie dan ahli WMGS

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN