web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hulk’ Juga Kecam Kekejaman Israel

Pelakon Mark Ruffalo antara bintang Hollywood yang menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa rejim Israel.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 5:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin ramai pelakon mahupun penyanyi terkenal dunia menyatakan pendirian masing-masing terhadap peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel.

Antaranya Mark Rufallo yang memainkan watak Hulk pula mendedahkan solidaritinya menyokong Palestin dan mengecam kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Ruffalo menegaskan rakyat Palestin bukanlah satu kebinasaan lingkungan (collateral damage) oleh mana-mana negara tetapi mereka adalah rakyat di sana.

“Tidak. Maaf. Mereka bukan ‘kebinasaan lingkungan’ mereka adalah manusia yang kebetulan lahir di sana dan tinggal di sana dan kebanyakan manusia itu terperangkap di sana.

“Bersikap belas ihsan, mereka adalah rakyat Palestin bukan bangunan atau jalan raya atau benda, mereka adalah manusia dan begitu juga dengan tebusan terbabit yang nyawanya juga boleh anda musnahkan,” tegasnya menerusi hantaran melalui aplikasi X.

Ruffalo turut menyertakan pautan kepada satu laporan media daripada Huffpost bertajuk ‘Netanyahu Calls Palestinians ‘Collateral Damage’ As Israel Destroys Gaza’.

Sebelum ini Ruffalo meluahkan rasa sedih terhadap penderitaan dan peristiwa tragis di Gaza ketika ini sehingga tidak mampu berkata apa-apa apabila mendengar berita kehilangan nyawa dan orang tersayang.

Terkini, AP News melaporkan pertempuran hebat sedang berlaku berhampiran dua hospital utama Gaza dan terdapat beberapa orang yang terperangkap. Menteri Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa angka kematian terkini telah mencecah 12,000 orang. – Getaran, 13 November 2023

Sumber Foto: IG dan X Mark Ruffalo

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN