web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tia Jinbara Disahkan Mengidap Kanser Hati

Dia dan isteri kini berusaha mendapatkan pandangan pakar dari luar negara untuk rawatan terbaik.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 10:08AM

Tia kini dirawat di Hospital Shah Alam.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenar, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap barah hati dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam. 

Menurut isteri dan juga pengurusnya, Suzan Ahmad, Tia dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu setelah mengadu sakit perut yang melampau dan sukar bernafas. 

Tia bersama isteri serta pengurusnya, Suzan.
Tia bersama isteri serta pengurusnya, Suzan.

"Sebenarnya sudah agak lama dia sering mengadu sakit perut. Tetapi tidak pernah buat pemeriksaan lanjut. 

“Tapi pada Rabu lalu dia mengadu sakit perut yang melampau dan disebabkan tidak mampu lagi menahan sakit, saya bawa dia ke hospital.

“Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan yang terakhir, CT Scan, doktor sahkan ada ketumbuhan pada hati iaitu kanser,’ ujar Suzan ketika dihubungi pada Isnin.

Jelas Suzan lagi, pihak Hospital Shah Alam telah merujuk kes suaminya itu ke Hospital Selayang yang menyediakan perkhidmatan hepatologi, namun maklum balas daripada pihak di sana agak menghampakan. 

“Buat masa ini Abang Tia akan terus berada di Hospital Shah Alam untuk menstabilkan dan melegakan kesakitan yang dialaminya. 

“Doktor yang merawat dia pun telah berbincang dengan pihak Hospital Selayang untuk tindakan selanjutnya.” 

“Namun, jawapan yang kami terima itu agak mengecewakan. Jadi kami sekarang ini sedang berusaha mencari pendapat kedua bagi mendapatkan rawatan terbaik. Esok kami sudah ada temujanji video  dengan pakar hati dari India untuk membincangkan sama ada Abang Tia sesuai untuk pemindahan hati,” ujar Suzan.

Dalam usaha mencari rawatan terbaik untuk suaminya itu, Suzan juga tidak menolak kemungkinan mereka akan memerlukan dana tambahan bagi menampung perbelanjaan rawatan yang  diperlukan kelak.

“Saya bukannya mahu meminta-minta, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. 

“Mungkin perbelanjaan yang diperlukan sangat tinggi dan kami akhirnya memerlukan dana sokongan. 

“Jika ada pihak yang mahu menghulurkan bantuan, sudah tentu kami sangat hargai,” ujarnya.

Vokal Tia yang dikenali melalui lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) menyertai Jinbara pada 2007 dan terus bekerjasama menghasilkan Suara Kita (2008) Interpretasi Mental (2010) dan Kolaborasi Mental (2012). - Getaran, 7 November 2023

Foto : Ikhsan Suzan Ahmad

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN