web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misha Omar Akui Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin Penyanyi Nombor Satu Malaysia

Bagi Misha nombor tidak memberi sebarang makna, tetapi kualiti yang dipersembahkan adalah lebih penting.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Misha Omar menasihatkan agar peminat-peminat muzik tanah air tidak berbalah sesama sendiri hanya kerana masing-masing mahu mengangkat penyanyi kesayangan menjadi nombor satu.

Misha yang mengulas laporan portal berita Mstar tentang perbalahan yang berlaku antara peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul di media sosial.

Baik peminat Siti mahupun peminat Aina, masing-masing berebut ingin menjulang artis kesayangan mereka sebagai penyanyi nombor satu.  

Jelas Misha kadang-kadang benda yang kecil boleh memberi impak kepada industri dan beliau menegaskan industri muzik negara memerlukan peminat yang lebih matang dan bijak.

Katanya, beliau berpendapat jika isu ini timbul, pasti penyanyi yang terlibat berasa kurang selesa. 

“Obsesi setiap orang adalah berbeza-beza, tetapi biarlah realistik. Kita bebas untuk melontarkan apa sahaja pandangan, tetapi isu sebegini sebenarnya boleh membuatkan penyanyi itu sendiri berasa kurang selesa.

“Seluruh penduduk Malaysia akan bersetuju bahawa sememangnya Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah penyanyi nombor satu Malaysia,” ujar Misha.

Misha berkata, peminat muzik tempatan juga perlu melihat dan tidak boleh menafikan sejarah penglibatan Siti dalam industri, selain menyifatkan ia sebagai sesuatu yang luar biasa.

Bagaimanapun, Misha tidak menyalahkan peminat Aina kerana beliau sendiri juga maklum dengan perjuangan seni penyanyi muda itu.

Pun begitu, Misha berpendapat nombor dan ‘ranking’ tidak membawa ke mana pun. 

“Industri kita perlukan kesatuan. Nombor tidak penting sebenarnya. Yang baru dan yang lama kalau boleh bergabung untuk hasilkan sesuatu yang berkualiti untuk industri,” ujar Misha.

Pendapat Misha ini turut mendapat sokongan daripada komposer ternama Aubrey Suwito apabila beliau turut membuat hantaran di akaun X dengan pertanyaan, mengapa perlu berbalah tentang siapa yang menduduki tempat pertama.

“Kenapalah kita obses sangat about who’s No 1? Who cares? It’s music. Not sport. Not politics. Winner doesn’t take all. Bila I suka lagu/artiste, no 99 pun okay je. Sbb I yg enjoy. Kalau kerja bagus, nak letak nombor apa pun kita tak peduli,” ciap Aubrey. – Getaran, 6 November 2023

Foto : Instagram Misha Omar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN