web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Matthew Perry Ditemui Lemas Di Dalam Tab Panas

Perry yang berusia 54 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri pada petang Sabtu di dalam tab panas di rumahnya di Los Angeles.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 10:53AM

Matthew Perry.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti sitcom popular ‘Friends’, Matthew Perry telah ditemui mati di rumahnya.

Los Angeles Times melaporkan, Perry yang berusia 54 tahun itu ditemui mati lemas kira-kira jam 4 petang Sabtu di dalam tab mandi panas di rumahnya di Los Angeles.

Sementara itu, menurut TMZ.com, siasatan awal yang dijalankan tiada penemuan sebarang jenis dadah di tempat kejadian namun punca kematian Perry masih belum dapat disahkan.

Matthew Langford Perry yang dilahirkan di Massachusetts pada 1969 adalah anak kepada seorang wartawan Kanada, Suzanne Marie Morrison dan pelakon serta penyanyi Amerika Syarikat, John Bennett Perry.

Beliau juga pernah bersekolah dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau manakala ibunya pernah menjadi setiausaha akhbar kepada bekas Perdana Menteri Kanada, Pierre Trudeau.

Biarpun Perry juga terkenal sebagai pelawak dan penerbit, watak Chandler Bing, seorang yang bijak dalam ‘Friends’ yang melonjakkan namanya dalam bidang seni.

Perry melakonkan watak Chandler sepanjang 10 musim ‘Friends’ ditayangkan di NBC sejak 1994 hingga 2004.

Beliau juga dilaporkan berjuang selama bertahun-tahun dengan ketagihan ubat penahan sakit serta alkohol dan menjalani proses pemulihan di pusat perubatan beberapa kali. – Getaran, 29 Oktober 2023

Sumber: Los Angeles Times dan TMZ.com

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN