web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sofyank Guna Kreativiti Sebar Kesedaran Mengenai Isu Palestin

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 8:47AM

Sofyank bersama-sama pempengaruh terkenal, Zachking, selepas memenangi Ultimate Vfx Challenge, pada April lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramai pempengaruh media sosial yang mempunyai ramai pengikut menggunakan platform masing-masing bagi menyebarkan kesedaran mengena penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.

Tidak terkecualI, pereka kandungan digital tanah air Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah yang telah menghasilkan satu video pendek menggunakan teknik kesan visual VFX sehingga ia tular bagi menyampaikan mesej berkaitan isu Palestin kerana sebahagian media Barat tidak melaporkan situasi sebenar yang berlaku di sana.

Dalam klip video kurang satu minit itu, kelihatan Sofyank mencetak beberapa helai kertas lukisan bersaiz A4 yang antara lain memaparkan potret rakyat Palestin sedang bersedih di tanah air sendiri, kereta kebal, bangunan terbakar hasil kerjasama dengan seorang pelukis, Qurnia Izzat.

Cetakan kertas lukisan itu kemudiannya dibuat lubang dengan memotongnya sedikit di bahagian tertentu lukisan berkenaan seperti bahagian mulut, mata dan meriam kereta kebal dan menerusi sorotan kamera pada lubang yang dibuat pada lukisan-lukisan yang telah disusun itu, penonton seolah-olah dibawa menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku di Palestin dalam laporan berita televisyen.

Dalam hantaran video itu juga Sofyank menyampaikan mesej bahawa semua lapisan masyarakat mempunyai 'kuasa' yang hebat dalam menyampaikan tentang apa sahaja kebenaran yang berlaku di Palestin sekarang.

"Kita mempunyai kuasa untuk menyebarkan kebenaran, marilah kita kongsikan apa yang kita tahu sehingga dunia sedar apa yang berlaku," menurut Sofyank pada ciapan video yang dikongsinya itu selain turut mengajak orang ramai sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

Video tersebut yang sohor kini di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi positif dan juga pujian netizen kerana menggunakan kreativiti melalui platform sedia ada bagi menyebarkan kesedaran mengenai apa yang berlaku di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza. - BERNAMA

Foto dan video: Instagram Sofyank

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN