Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Amelia Handerson Diarah Bayar Ganti Rugi Nominal RM10,000 Kepada A. Aida

Selebriti Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 4:00PM

Mahkamah mengarahkan Amelia membayar ganti rugi nominal itu selepas membenarkan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat A. Aida Production Sdn Bhd. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon Amelia Henderson hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini membayar ganti rugi RM10,000 kepada penerbit filem dan drama A. Aida kerana melanggar kontrak penggambaran drama berjudul 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.

Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Amelia terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat A. Aida Production Sdn Bhd.

Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, perlu membayar ganti rugi RM10,000 itu dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

"Rayuan perayu (Amelia) dibenarkan dan perintah Mahkamah Sesyen diketepikan. Oleh itu, syarikat A. Aida Production hanya layak mendapat ganti rugi nominal RM10,000 untuk pelanggaran kontrak dengan mengambil kira perayu telah mendapat bayaran pendahuluan sebanyak RM3,920," kata pesuruhjaya kehakiman itu ketika menyampaikan keputusan secara dalam talian hari ini.

Leong berkata mahkamah berpuas hati bahawa pernyataan pelakon berdarah kacukan India-Scotland dalam laman video Instagramnya tidak memfitnah A. Aida Production Sdn Bhd yang merujuk kepada syarikat milik A. Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang.

"Keputusan Mahkamah Sesyen untuk menyatakan Amelia telah memfitnah syarikat berkenaan adalah salah. Selepas meneliti pernyataan Amelia secara keseluruhan, saya mendapati bahawa pandangan yang dikemukakan Amelia tidak merendahkan reputasi A. Aida Production.

"Kenyataan Amelia sekadar menjelaskan bahawa skrip drama itu tidak sesuai dengan beliau selain memberi komen bahawa watak sebagai 'Aira' akan menjejaskan imej baiknya dalam kalangan masyarakat dan peminatnya," katanya.

Leong berkata beliau berharap semua pihak akan mengambil iktibar daripada kes ini walaupun artis mempunyai hak untuk mengambil berat tentang imejnya namun seseorang itu tidak boleh menarik diri pada saat-saat akhir kerana ia tidak adil kepada syarikat produksi dan pengarah.

"Dalam hal ini, ia juga akan menjejaskan 'periuk nasi' pelakon lain dan kru (produksi) kerana sesetengah daripada mereka memerlukan penggambaran ini untuk meneruskan perbelanjaan kehidupan. Bagaimanapun, dalam kes ini ia bernasib baik kerana mempunyai artis lain sebagai pengganti yang dapat ditemui dalam masa 24 jam sekali gus dapat menyelamatkan semua pihak," katanya.

Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur dan Wan Nurliyana Abdul Rahman manakala peguam Ashmadi Othman, Bushro Anuar dan Lukman Haqeem mewakili syarikat produksi itu.

Pada 28 Julai 2022, A. Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama berkenaan apabila pelakon wanita itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama tersebut.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia telah menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan drama tersebut.

Plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan untuk menarik diri walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak sebelum notis penamatan kontrak diberikan kepada pelakon itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 4 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 19 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar