web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zul Yahya Buat Kayuhan Kutip Derma Untuk Palestin

Usaha yang dilakukan bersama Yayasan Afdlin Shauki akan menyaksikan kayuhan dari Ipoh ke Johor Bahru.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 4:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin ketika ini, ramai pihak yang bangkit untuk sama-sama mengumpulkan dana bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Terbaharu, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menerusi akaun Instagramnya mengumumkan bahawa pelakon Zul Yahya, mewakili Yayasan Afdlin Shauki akan membuat kayuhan dari Ipoh ke Johor dan pulang ke Ipoh semula untuk mengumpul dana kecemasan buat rakyat Palestin.

“Pelakon Zul Yahya akan membuat kayuhan dari Ipoh ke Johor Bahru sambil membuat kutipan dana kecemasan untuk Palestin, mewakili Yayasan Afdlin Shauli (YAS).

“Kami akan menyalurkan (dana) ke #taufanalaqsa oleh Persatuan Cinta Gaza. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank YAS bernombor 564810516713.

“Bantulah semampu mungkin atau kirimkan doamu untuk rakyat Palestin,” kongsi Afdlin.

Penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin ketika ini sudah semestinya mendapat simpati dan tumpuan rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti menyatakan sokongan.

Artis tempatan turut giat membantu dengan bergabung tenaga dengan platform badan amal yang diyakini.

Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Alif Satar, Faizal Tahir, Heliza Helmi, dan ramai lagi. – Getaran, 21 Oktober 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN