web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Kau Beli Beras, Pergi Masak Sendirilah”

Taufik tidak bersetuju dengan ungkapan tersebut dan melihat bahawa suami isteri berfungsi sebagai satu unit penting dalam sesebuah rumah tangga.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 12:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak beberapa tahun ini ungkapan ‘beras kita beli’ sering digunakan segelintir lelaki ketika menghantar komen mahupun dalam hantaran media sosial bagi menunjukkan siapa yang ‘berkuasa’ dalam sesebuah rumah tangga.

Namun, ungkapan berkenaan ternyata tidak disenangi penyanyi dan penulis lirik dari Singapura, Taufik Batisah sehingga beliau membuat satu hantaran khusus mengenainya melalui akaun media sosial.

Menyifatkan ia sebagai tidak berasas, Taufik berkata ia seolah-olah mengatakan peranan suami seakan-akan lebih penting daripada isteri.

Menerusi hantaran videonya di TikTok, Taufik tidak bersetuju dengan ungkapan tersebut apabila melihat salah seorang daripada pengikutnya memberi komen sedemikian sedangkan perlu ada sokongan antara suami isteri dalam sesebuah rumah tangga.

“Saya minta maaf tetapi, saya perlu katakan tentang hal ini, saya nampak komen ada seorang berkata ‘kita beli beras bro’.

“Rumah tangga adalah satu unit, tiada siapa yang lebih penting daripada yang lain,” katanya.

Taufik dan isteri, Sheena.
Taufik dan isteri, Sheena.

Dalam nada tegas dan berkias, ungkapan tersebut dipersoalkan oleh Taufik dengan berkata siapa yang akan memasak beras itu jika tiada sang isteri di rumah. Bahkan menasihati pengikutnya supaya sentiasa bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain

“Kau beli beras, pergi masak sendirilah. Kalau kau tak ada wife (isteri), siapa yang nak masak? Jadi dalam perhubungan, apabila seseorang kalah maka tiada siapa juga yang menang kerana anda berdua adalah unit.

“Ingat, bila awak fikir awak lagi penting maknanya perhubungan itu gagal, fikir-fikirkan,” tegasnya.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian warganet dan rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Taufik bahawa suami isteri perlu saling menyokong dan hormat menghormati antara satu sama lain untuk mendapat rumah tangga yang kukuh. – Getaran, 20 Oktober 2023

@taufikbatisah ‘Kita beli beras bro?’ When you’re in a relationship, you are a team. When one loses, nobody wins: No one is more important than the other. Think about it ? #taufikbatisah #relationships #marriagegoals #couplegoals #notetoself #selfreminder #marriedlife #awakkatmana #awakkatmane #fyp #fypsg #fypmy ♬ What Was I Made For? [From The Motion Picture "Barbie"] - Billie Eilish

Sumber Foto: IG Taufik Batisah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN