web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sokong Palestin Bukan Bermakna Pro Hamas - Eric Cantona

Sokongan itu kerana Palestin sudah 75 tahun dijajah Israel.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 5:34PM

Cantona mengenakan baju bermotifkan bendera Palestin sebagai sokongan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Legenda bola sepak Perancis dan kelab Manchester United, Eric Cantona tampil menyatakan sokongannya terhadap rakyat Palestin namun menegaskan pendirian tersebut tidak bermakna seseorang itu adalah pro Hamas.

Menerusi hantaran di instagram, Cantona menerangkan bahawa Palestin perlu bebas daripada penjajahan Israel yang telah merampas hak asasi manusia milik rakyat negara itu selama 75 tahun.

"Free Palestine bermaksud membebaskan rakyat Palestin daripada penjajahan Israel yang telah merampas hak asasi manusia mereka selama 75 tahun dan menghentikan pengurungan 2.3 juta rakyat Palestin di penjara terbuka terbesar di dunia, separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

"Free Palestine bermaksud memberi rakyat Palestin kawalan ke atas infrastruktur utama negara mereka,” jelasnya menerusi hantaran di instagram tanpa sebarang penerangan di kapsyen.

Cantona turut menjelaskan bahawa tindakannya itu tidak bermakna semua pihak yang menyokong rakyat Palestin perlu bermusuh dengan seluruh masyarakat Yahudi atau bersikap antisemitisme.

“Mempertahankan hak asasi manusia Palestin tidak bermakna anda pro Hamas.

“Ia juga tidak bermakna kita (bersikal) antisemitisme atau kita mahu kehilangan semua orang Yahudi,” jelasnya dalam hantaran yang sama.

Sementara itu, portal Daily Mail, melaporkan, baru-baru ini peminat dan penyokong pasukan bola sepak Celtic FC telah mengangkat sepanduk 'Free Palestine' dan mengibarkan bendera Palestin pada pertembungan pasukan itu dengan Kilmarnock F.C di Liga Perdana Scotland.

Turut dipamerkan speanduk bertulis 'Victory to the Resistance' tanda sokongan mereka terhadap Palestin di Celtic Park. – Getaran, 18 Oktober 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN