web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nana Mahazan Nafi Sedang Ikuti Misi Kemanusian, 'Nama Saya Digunakan Orang Lain'

Menurut Nana, video-video misi yang dimuat naik adalah video pada tahun lalu dan dia kini berada di Malaysia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 8:58AM

Ini bukan akaun TikTok sebenar Nana Mahazan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan tampil memberi penjelasan tentang kewujudan akaun TikTok @nanaamahazann yang didapati menggunakan video dan foto-foto miliknya. Menerusi satu hantaran video di akaun Instagram miliknya, Nana mengingatkan pengikutnya agar tidak terkeliru kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. 

“ Saya hendak jelaskan sesuatu. Saya dapat tahu ada orang buat akaun TikTok gunakan nama saya @nanaamahazann. Dia kata itu kelab peminat, tetapi saya tak pernah ada kelab peminat kecuali zaman AF (Akademi Fantasia) dulu.”

“Saya tidak kisah pun dia nak gunakan video-video lama tanpa izin, tetapi saya tak nak benda-benda tak baik best berlaku. Jadi saya nak beritahu dulu, saya tidak uruskan akaun tersebut, bukan saya yang buat akaun tersebut. Dia pun tak ikuti akaun saya, jadi saya pun tak boleh nak hubungi dia untuk bertanya tujuan dia buat,” ujarnya.

Mengulas tentang video yang menyaksikan dia sebak ketika berada di sebuah kem pelarian, Nana menegaskan ketika ini dia tidak mengikuti sebarang misi kemanusiaan, sebaliknya ada di Malaysia. 

“Video-video yang dia pos tu adalah video ketika saya menyertai misi bersama Muslim Volunteer Malaysia ke Jordan untuk membantu pelarian-pelarian Syria di sana. Itu video tahun lepas dan ramai yang ingat saya kini berada di sana. Informasi yang dia letak di video itu tidak betul. Saya tak nak informasi ini mengelirukan.

“Jadi, saya ambil langkah selamat untuk jelaskan di sini, kalau ada usaha mengumpul derma dikongsikan di situ, ia bukanlah daripada saya. Saya tidak tahu menahu. Please be careful.  Saya tak nak akhir nanti nama saya terpalit sebab video itu milik saya, muka saya. Kalau nak tengok video itu tidak mengapa, tapi janganlah derma apa-apa, sebab itu bukan daripada saya. Setakat ni saya tidak nampak (kutipan derma) apa-apa , tetapi saya beritahu awal-awal. Saya tak nak sesiapa pun terkena,” katanya.

Anda  boleh tonton penjelasan penuh Nana di sini :

Kepada pengikut Nana di luar sana, anda boleh ikuti personaliti ini di akaun Instagram @nanamahazan atau akaun Tiktok yang menggunakan nama yang sama @nanamahazan. Jangan terkeliru! - Getaran, 14 Oktober 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN