web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Label Hamas Kumpulan Pengganas, The Rock Dikecam Warganet

The Rock menerima kecaman teruk di ruangan komen Instagram apabila menyatakan rasa marah dan kecewa dengan serangan terhadap Israel.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 3:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Luahan pelakon aksi Hollywood terkenal, The Rock, melabel Hamas yang menyerang Israel minggu lalu sebagai pengganas, mengundang kemarahan ramai warganet yang beranggapan beliau tidak bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.

Malah, kutukan warganet memaksanya menutup ruangan komen pada hantaran berkenaan di akaun Instagramnya, semalam.

Menerusi hantarannya itu, The Rock atau nama sebenarnya, Dwayne Johnson, meluahkan perasaan marah dan kecewa dengan peperangan yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel.

“Saya patah hati, marah, dan muak dengan pembunuhan kejam dan penculikan orang Yahudi melalui tindakan kumpulan pengganas Hamas.

“Kehilangan nyawa warga Israel dan Palestin yang tidak berdosa semakin menyayat hati apabila perang ini semakin memuncak.

“Saya tak berpura-pura yang saya mengetahui segala-galanya mengenai konflik di Timur Tengah itu kerana ia memerlukan pemahaman mendalam dari sudut konteks dan nuansa,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

The Rock menegaskan sekeras-kerasnya bahawa beliau mengutuk dan mengecam keganasan yang sedang berlaku.

“Saya mengutuk dan mengecam keganasan, dan pada saat yang dahsyat ini, saya ucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang tak bersalah yang berduka atas kehilangan orang tersayang mereka. Saya berdoa memohon belas kasihan dan penyelesaian. Saya berdoa untuk semua nyawa yang tak bersalah,” ujarnya.

Luahan tersebut mengudang kecaman warganet di seluruh pelusuk dunia yang mangatakan bahawa The Rock tidak memahami situasi yang berlaku dan melabelkannya sebagai penyokong Israel.

Malah, warganet dilihat meluahkan perasaan tidak puas hati mereka di ruangan komen pada hantarannya yang lain dengan memuat naik komen seperti Free Palestine selain gambar bendera Palestin.

“Anda tidak faham dan tidak mahu faham perkara yang berlaku di Palestin, jadi anda tutup ruangan komen,” kata seorang pengikutnya.

“Aku kecewa dengan kau The Rock, maaf tak nak sokong kau dah. Bye-bye,” ujar seorang lagi peminat The Rock.

Turut mencuri perhatian, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad turut memberikan komen yang menarik dengan mengatakan bahawa kenyataan The Rock itu menunjukkan bahawa dia tidak bijak.

“Hey botak, berapa banyak kau cucuk testoteron pun tetap bahalol, buta kayu!” katanya.

Terkini, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan angka kematian di Gaza meningkat hampir 1,000 dalam serangan yang memasuki hari keempat. Kira-kira 950 orang terbunuh, manakala 5,000 lagi cedera dalam serangan ke atas Gaza. – Getaran, 12 Oktober 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN