web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konflik Israel -Palestin, Merqeen Kena Lagi

Cerita Lama, tapi dibangkitkan semula kerana konflik Israel - Palestin yang sedang ‘menggila’ ketika ini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 2:16PM

Tindakan Merqeen bergambar dengan Gal Gadot sebelum ini pernah mengundang kritikan berikutan aktres berasal Israel itu juga pernah berkhidmat sebagai anggota tentera dalam Israel Defense Forces (IDF) selama dua tahun.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi, Merqeen sekali lagi menjadi sasaran warganet apabila isunya bergambar dengan aktress Israel, Gal Gadot pada Mei lalu dibangkitkan semula. Ini semua adalah rentetan konflik Israel - Palestin yang sedang ‘menggila’ ketika ini.

Seorang pengguna Twitter @adliehassan pada Isnin telah membuat ciapan yang menempelak jawapan Merqeen apabila diminta mengulas  tindakannya bergambar dengan Gal Gadot.

“This definitely did not age well ❌

Merqeen : “Orang yang kecam dia, kalau jumpa Gal Gadot pun akan ambik gambar jugak. No difference”

Bro, ada big difference sebab KAU sorang je hegeh dengan Gal Gadot. Everyone else knows what is right and wrong.

Serious question : Kalau korang jumpa Gal Gadot, would you do the same and justify it poorly like this?” soal Adlie.

Lelaki ini turut mengatakan tiada gunanya jika mempunyai pengikut yang ramai di sosial media tetapi tidak menggunakan dengan baik. 

“If only you would read more and understand the consequences of your actions from that simple selfie.

“Tak guna ada platform and followings yg besar, kalau gunakan untuk tunjuk keangkuhan dan kebodohan diri sendiri.

“Followers kau ramai yg muda and impressionable. So kalau kau bingai, your die hard fans yg dahaga, confirm akan buta buta ikut jd bingai,” ciapnya dengan menyertakan sebuah carta yang menunjukkan perbandingan jumlah mangsa Israel dan Palestin. 

Terdahulu, Meeqeen telah tampil memberi penjelasan tentang tindakannya itu, bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh jejaka ini terus dipertikaikan.

Meerqeen menegaskan dia bergambar bersama bintang filem Wonder Woman itu atas dasar portfolio mereka berdua sebagai pelakon.

“Saya rasa okey sahaja perkongsian itu. 

“Bergambar dengan Gal Gadot bukan sebab dia rakyat Israel tetapi kerana kami sama-sama bekerja sebagai pelakon. Walaupun bergambar bersama, tidak bermakna saya menyokong apa yang dilakukan oleh Israel. Saya suka dia sebagai seorang pelakon. Jadi mengapa perlu lepaskan peluang sebegitu,” jelas jejaka berusia 22 tahun ini. 

Jika anda salah seorang peminat Meeqeen, apa pula pendapat anda tentang perkara ini? Adakah pandangan Merqeen ini boleh diterima? - Getaran, 10 Oktober 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN