web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarimah Ibrahim Kongsi Pengalaman Gangguan Seksual Ketika Bekerja

Selebriti itu mendedahkan pernah mengalami gangguan seksual oleh seorang pengarah suatu ketika dahulu.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 2:55PM

Perkongsian Sarimah mengenai pengalaman gangguan seksual dialaminya dikongsikan melalui akaun TikTok Media Hiburan Official. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan beliau pernah mengalami gangguan seksual oleh seorang pengarah suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran video TikTok Media Hiburan Official, Sarimah berkata individu tersebut memintanya mengenakan pakaian seksi dan makan malam bersamanya.

Beliau berkata, sebelum itu, pengarah berkenaan memintanya masuk ke dalam sebuah bilik dan memperagakan beberapa baju serta memaksanya memakai pakaian yang seksi.

“Pengarah suruh saya masuk bilik untuk pakai baju seksi yang telah disediakan untuk saya pakai di depannya dalam bilik itu. 

“Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah tersebut seorang diri, macam pelik saja,” katanya.

Sarimah kemudian menolak permintaan itu dan seperti yang dijangkakan selepas kejadian tersebut, beliau tidak lagi mendapat tawaran bekerja oleh pengarah itu.

“Saya menolak dan seperti dijangka, saya tak dapat tawaran seterusnya tapi tidak mengapa ada rezeki lain selepas itu.

“Itu sebab saya kata, kejayaan adalah ketenangan, ketenangan datang bila kita jaga maruah kan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Siri Astro Original Riot, semalam.

Mengulas lanjut berkenaan gangguan seksual tersebut, Sarimah turut berkongsi beliau juga pernah menjadi mangsa seorang kru rancangan yang berstatus suami orang.

“Dia sempat puji saya cantik ketika itu dan kata kami sangat sepadan jika bersama padahal dia ketika itu adalah suami orang,” katanya.

Sarimah bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar
Sarimah bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar

Sejak akhir-akhir ini, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan oleh seorang artis membabitkan seorang pendakwah selebriti yang dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pempengaruh Indonesia.

Bagaimana pun isu tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa. - Getaran, 21 September 2023

Sumber Foto: IG Sarimah Ibrahim.

@mediahiburanofficial "Dia Suruh Saya Pakai Baju Seksi…..Saya Tak Nak Tunjuk Lengan Saya!" - Che Puan Sarimah Ibrahim. Ketika tayangan siri terbaru Astro Originals, RIOT, yang mengisahkan tentang gangguan seksual terhadap wanita. Che Puan Sarimah Ibrahim turut kongsikan pengalamannya ketika di ganggu oleh seorang 'pengarah' di set penggambaran. #Mhnews #MediaHiburan #berandatiktok #fyp ♬ original sound - Media Hiburan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN