Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mek Habsah Meninggal Dunia

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 12:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran yang dikenali melalui Salam Pantai Timur, Mek Habsah, meninggal dunia ketika dirawat di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, pada jam 2.45 pagi tadi.

Cucu Allahyarhamah, Huraimi Hilman Iman, yang mengesahkan berita berkenaan melalui media sosial, berkata Mek Habsah atau nama sebenarnya Habsah Bakar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2 pada jam 2.30 petang ini.

“Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Telah kembalinya Habshah Binti Bakar @ Mek Habshah kepada sang pencipta Yang Maha Agung.

“Setiap yang hidup pasti akan mati. 10.00am - Ziarah jenazah di Masjid Bilal bin Rabah Taman Koperasi Polis 1,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Mek Habsah menghidap masalah paru-paru sejak 20 tahun lalu sehingga memerlukan beliau bergantung kepada bekalan oksigen.

Pelakon yang juga popular pelawak turut dikenali sebagai penyanyi dan pelakon pada era 1980-an.

Allahyarham meninggalkan suami, dua cahaya mata perempuan dan sembilan cucu.

Sementara itu, pemergian Mek Habsah turut dikongsikan ahli politik dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua melalui media sosial.

Tian Chua berkata, beliau dimaklumkan mengenai kamatian Mek Habsah oleh Huraimi yang juga pegawainya.

“Saya menerima berita dukacita sebentar tadi bahawa Puan Habshah Binti Haji Bakar atau lebih dikenali sebagai Mek Habsah telah kembali ke Rahmatullah. Berita ini diterima dari cucu Allahyarhamah yang merupakan pegawai saya iaitu Huraimi Hilman Iman.

“Hubungan persahabatan saya bersama Allahyarhamah dan keluarganya adalah sangat baik. Cucu - cucunya juga antara sukarelawan NGO yang banyak membantu kerja - kerja kebajikan di Batu.

“Saya mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Mek Habsah serta mengharapkan seluruh keluarganya sabar dan tabah dalam menghadapi masa - masa sukar ini.

“Bagi yang beragama Islam, mohon dapat sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Allahyarhamah,” katanya.

Tian Chua turut memuat naik gambar dirakamkan bersama Mek Habsah sebelum ini. - gambar Facebook
Tian Chua turut memuat naik gambar dirakamkan bersama Mek Habsah sebelum ini. - gambar Facebook

Kematian Mek Habsah turut dirasai rakan artis 1980an Noorshila Amin yang memuat naik ucapan takziah melalui Facebook untuk dikongsikan dengan peminatnya.

“Assalamualaikum Kesayangan Semua.. Dengan rasa hiba dan sedih. Dimaklum kan..kekanda Mek Habsah telah kembali ke Rahmahtullah jam 2.30 pagi tadi.

“Dengan rendah hati saya mohon dapatlah sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah.. semoga Allah ampuni dan tempatkan Arwah di kalangan para Solihin..

Terima kasih..hanya Allah dapat membalas..,” katanya. – Getaran, 11 September 2023

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

Pelihara maruah dan harga diri, wanita tidak perlu 'bercakaran' hanya kerana inginkan perhatian lelaki 

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 6 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar