Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


ND Lala Akhirnya Buka Mulut

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 9:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal era 1980-an, ND Lala hari ini tampil menjawab persoalan berhubung pelbagai isu yang dibangkitkan anak lelaki dan bekas isterinya baru-baru ini.

Sekian lama mendiamkan diri, ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh yang juga bapa kepada penyanyi Shila Amzah, memberi penjelasan berhubung dakwaan kereta yang dicuri oleh anak lelakinya.

Penyanyi veteran itu turut meminta bekas isterinya, Fauziah Sarman untuk memulangkan semula pasport miliknya dan isteri, Siti Munirah Abdul Ghani.

Menerusi video yang dimuat naik menggunakan akaun Instagram bertajuk “Kenyataan Rasmi Dato’ N.D.Lala” berkata beliau menjelaskan tindakannya sebelum ini berikutan tidak mahu anaknya Amir Syafiq ditahan polis kerana mencuri kereta miliknya, seterusnya dikenakan tindakan undang-undang.

Tangkap layar perkongsian ND Lala melalui akaun media sosialnya. - gambar Izwan Ramlan
Tangkap layar perkongsian ND Lala melalui akaun media sosialnya. - gambar Izwan Ramlan

“Cuba Syafiq bayangkan ini curi kereta, jadi saya beritahu dia akibat kalau polis tangkap.

“Pertama, tolonglah beri kerjasama untuk serahkan balik elok-elok sebab kalau sehingga polis tangkap akan mencemarkan nama baik keluarga,” katanya.

ND Lala berkata jika perkara itu berlaku, nama Shila Amzah juga akan terpalit dengan berita penahanan berkenaan, merujuk kepada hantaran WhatsApp kepada anaknya sebelum ini.

Beliau berkata, Syafiq kemudian berjaya dipujuk sebelum kereta berkenaan diserahkan di satu kawasan di luar rumah.

Katanya, atas nasihat seorang rakan yang mahir dengan selok belok undang-undang, beliau merangka maklumat yang perlu diisi dan disebut ketika penyerahan bagi melindungi kedua-dua belah pihak.

“Jadi senarai barang-barang berharga dokumen penting seperti pasport dan lain-lain turut direkod dalam penyerahan,” katanya.

Bagaimanapun, ND Lala berkata, beliau mendapati penyerahan semua barangan berkenaan dilihat tidak terurus.

Justeru, katanya, situasi itu menyebabkan beliau hampir dua bulan tertekan selain menafikan dirinya disihir isteri baharunya itu.

Pada masa sama, katanya, beliau menyedari kejadian itu dirakam teman wanita anaknya yang dikenali sebagai Iza Idani namun beranggapan ia untuk simpanan peribadi.

ND Lala berkata, beliau tidak menyangka rakaman video tersebut diberikan kepada bekas isterinya dan percaya ia telah diedit daripada cerita sebenar untuk menjatuhkan reputasinya.

“Video itu telah diedit oleh bekas isteri saya dengan menukar cerita sebenar kepada cerita yang menggambarkan betapa jahatnya dan kejamnya ND Lala dan Siti Munirah.

“ND Lala tergamak memaksa anak sendiri mengaku curi kereta, ND Lala seperti telah disihir oleh Siti Munirah, ND Lala jadi pak turut saja, kena berubat,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, katanya, dokumen perjalanan dirinya serta Siti Munirah yang ada dalam kereta berkenaan masih tidak dipulangkan oleh bekas isterinya.

Sehubungan itu, ND Lala berharap bekas isterinya itu dapat memulangkan semula dokumen tersebut secara baik.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta kepada bekas isteri saya, kita pun dah bercerai cara baik.
“Tak perlulah kita berbalah atau bergaduh, kita dah tua. Saya minta sangat-sangat supaya pulangkan balik pasport saya dan isteri saya Siti Munirah yang dicuri oleh bekas isteri saya.

“Masa mula-mula balik saya tanya mana pasport, dia kata tak tahu memang tak ada, dia tak mengaku dia curi. Tapi akhirnya, saya tahu pasport itu ada pada dia, ada beberapa bukti menunjukkan pasport itu ada di tangannya,” katanya.

ND Lala yang berhasrat supaya kemelut itu dapat diselesaikan secara baik, turut meminta orang ramai tidak menggelarkan isterinya sebagai penyondol.

“Janganlah gelar atau melebelkan Siti Munirah sebagai penyondol. Ini tidak benar kerana dia memang tak pernah sondol, mengorat saya.

“Memang pada awalnya dia tak nak saya, saya yang approach. Akhirnya pergi minta restu dengan ayah Siti Munirah dan dia setuju. Saya yang melamarnya secara sah,” katanya, sambil menyifatkan tindakan melabelkan seseorang itu sebagai satu dosa.

Beliau berkata, dosa berkenaan akan berkembang apabila ia dimuatnaik dalam media sosial dan tersebar sehingga dapat dilihat oleh ramai orang.

Pun begitu, ND Lala tidak menyalahkan netizen kerana beliau menganggap mereka mendapat gambaran yang salah dan berita yang palsu. 

ND Lala sebelum ini dilaporkan telah menceraikan isteri pertamanya Fauziah Sarman, 55, pada awal Ogos lalu melalui melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp. – Getaran, 8 September 2023

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Selebriti 3 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar