web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lafaz Cerai ND Lala Terhadap Isteri Pertamanya Sah Walaupun Guna WhatsApp

Pengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 9:22PM

Perkahwinan ND Lala dan Fauziah Sarman terlerai akhirnya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini mengesahkan lafaz cerai yang dibuat artis veteran, ND Lala, 62, terhadap isteri pertamanya Fauziah Sarman, 55, pada awal Ogos lalu, walaupun ia dilakukan melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Pengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail pada jam 10.30 pagi tadi.

Ketika ditemui oleh pihak media, Fauziah Sarman yang hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh dua orang rakan meluahkan rasa syukur kerana kes perceraian itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik. 

“Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya kes kami selesai secara baik pagi ini apabila hakim mengesahkan lafaz cerai yang dibuat bekas suami melalui 'voice note' di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah," ujar Fauziah yang hadir ke prosiding dengan berjubah hitam. 

"Mengenai apa perancangan selepas ini, saya belum membuat sebarang keputusan lagi. Namun, segala yang berhak menjadi hak saya sepanjang perkahwinan kami, Insya Allah akan saya tuntut mengikut undang-undang.

"Diharapkan semua dapat mendoakan saya dan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya selama ini. Hanya Allah saja dapat membalasnya" ulas Fauziah eksklusif kepada Harian Metro.

Kemelut rumah tangga pasangan yang merupakan ibu dan bapa penyanyi popular Shila Amzah ini mula dihidu apabila timbul gosip yang mendakwa seorang penyanyi popular tahun 80-an sering dilihat berulang-alik ke sebuah rumah wanita. 

Biarpun tidak dinyatakan siapakah gerangannya, ramai yang dapat meneka berdasarkan gambaran diberikan.

Jika anda masih ingat, Fauziah juga pernah mendedahkan wajah seorang wanita muda yang didakwanya merupakan isteri baharu kepada suaminya. Lebih memeranjatkan wanita itu adalah bekas rakan sekolah Shila Amzah. 

Fauziah sekali lagi membuka mulut tentang kemelut rumahtangganya apabila memuatkan naik satu hantaran di Instagram. 

Menerusi hantaran itu, wanita ini mendedahkan ND Lala telah melafazkan cerai terhadap dirinya menerusi kiriman WhatsApp pada 8 Ogos lalu.

Selain Shila Amzah, mereka turut mempunyai tiga anak lain iaitu Amir Syafiq, 30,  Amir Syahir, 28 dan yang bongsu Nur Syuhada, 25. - Getaran, 5 September 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN