web statsweb stats

Berita Terkini

43 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 44 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sinead O’ Connor Meninggal Dunia

Sinead O' Connor meninggal dunia 17 bulan selepas anak lelakinya, Shane yang berusia 17 tahun dan berada di bawah pemantauan hospital kerana memiliki kecenderungan untuk membunuh diri, ditemui mati

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 7:53AM

Keluarga Sinead O' Connor mengesahkan penyanyi itu meninggal dunia semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keluarga penyanyi kelahiran Ireland, Sinead O’ Connor mengesahkan beliau telah meninggal dunia, senalam.

Sinead atau nama Islamnya Shuhada Sadaqat berusia 56 tahun.

O’ Connor meninggal dunia 17 bulan selepas pemergian anak lelakinya, Shane, 17 yang diletakkan di bawah pemantauan hospital kerana memiliki kecenderungan untuk membunuh diri.

Dalam satu kenyataan, keluarga O' Connor dipetik sebagai berkata, pemergian Sinead memberi kesan yang amat mendalam kepada waris dan rakan-rakannya.

“Mereka memohon agar diberikan privasi untuk melalui waktu sukar seperti ini,” kata keluarga penyanyi berkenaan.

Penghibur terkemuka Dublin itu telah menghasilkan 10 album sepanjang hayatnya, manakala lagu Nothing Compares 2 U dinamakan sebagai single pertama dunia oleh Anugerah Muzik Billboard pada 1990.

Lagu ballad versinya sendiri yang dihasilkan oleh pemuzik terkenal, Prince itu mendominasi carta di seluruh dunia, membuatkan beliau berhasil meraih tiga pencalonan Grammy.

Muzik video lagu tersebut yang diarahkan pembikin filem Inggeris, John Maybury  dengan sebahagian besar adegan memaparkan wajah O’ Connor dari jarak dekat turut menjadi terkenal gara-gara lagu itu.

Pada 1991, O’ Connor dinamakan artis sepanjang tahun oleh majalah Rolling Stone, hasil kejayaan gemilang lagu berkenaan.

Awal tahun ini, O’ Connor dipilih menerima anugerah tahunan Album Klasik Irish di Anugerah Muzik Pilihan RTÉ. 

Sinead O' Connor tampil berhijab ketika menerima anugerah di Anugerah Muzik Pilihan RTÉ - gambar JOE.ie
Sinead O' Connor tampil berhijab ketika menerima anugerah di Anugerah Muzik Pilihan RTÉ - gambar JOE.ie



Beliau yang tampil berhijab menerima standing ovation apabila mendedikasikan anugerah dan album bertajuk I Do Not Want What I Haven’t Got  itu kepada setiap individu dalam komuniti pelarian Ireland.

“Anda sangat dialu-alukan di Ireland. Saya amat menyayangi kamu semua dan berharap kamu akan beroleh kebahagiaan,” katanya.

Presiden Michael D Higgins dalam ucapan penghargaan kepada O’ Connor dilaporkan berkata, beliau terbayang keunikan dan keindahan luar biasa suara penyanyi terbabit sebaik mendengar berita kematiannya.

“Untuk kita yang bertuah kerana berpeluang mengenali insan sehebat beliau, kita akan mengagumi keberanian dan komitmennya dalam memperjuangkan pelbagai isu penting, walaupun kebenaran dibawa mungkin menyakitkan,” katanya. — Agensi, 27 Julai 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...