web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya Hanya Sempat Sekolah 10 Hari Sahaja” – Qistina Raisah Akui Dibuang Sekolah Sejak Darjah 1

Menurut Qistina, dia kini lebih selesa belajar di rumah biarpun tidak bercampur dengan rakan sebaya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 9:02PM

Qistina Raisah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon remaja yang semakin meningkat naik, Qistina Raisah, 15, mengakui lebih selesa belajar di rumah kerana kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Menurut pelakon drama Papa Ricky ini, dia pernah ke sekolah sewaktu darjah satu, namun cuma bertahan selama 10 hari.

“Sekarang ini memang saya ‘home school’ sahaja sejak darjah satu. Saya tak ada pengalaman ‘duduk di kantin sekolah’. Seingat saya ketika saya di kantin dulu orang datang serbu.

“Ketika itu juga saya sibuk dengan penggambaran drama. Banyak hari tak pergi sekolah. Tiba-tiba dapat tawaran berlakon di Itali. Cikgu pula ingat saya nak pergi bercuti. Dah kena buang terus, tak payah pergi sekolah dah .

“Waktu darjah enam, saya rancang untuk kembali ke sekolah dan menduduki peperiksaan UPSR, tetapi tiba-tiba PKP pula,” katanya ketika ditemui di sidang media filem Rahsia.

Qistina Raisah lebih selesa belajar di rumah
Qistina Raisah lebih selesa belajar di rumah

Biarpun tidak ke sekolah seperti kanak-kanak biasa, namun kata Qistina dia selesa belajar seorang diri di rumah dan sering meluangkan waktu selama empat hingga lima jam untuk mengulangkaji.

Ditanya tidakkah dia teringin untuk bergaul dan berkawan dengan rakan sebaya, kata Qistina perasaan itu pernah wujud ketika dia masih kecil.

“Dulu-dulu saya teringin la. Nak pergi rombongan sekolah. Dulu PJ (Pendidikan Jasmani) tu pun saya tak tahu.

“Tetapi bila semakin meningkat usia, saya ada juga berkawan dengan rakan sebaya, tetapi kebanyakan mereka tidak ikhlas berkawan dengan saya.

“Saya ada kawan perempuan dan juga lelaki, Sejujurnya saya lebih selesa berkawan dengan lelaki, Jadi apabila saya mendapat lebih perhatian, ada yang tidak puas hati. Disebabkan itulah saya memilih untuk tidak berkawan dengan perempuan dan rakan sebaya. Saya lebih rela tak ada daripada memiliki kawan yang ‘fake’,” kongsinya.

Qistina dan ibunya
Qistina dan ibunya



Kongsi anak bongsu daripada lima adik beradik ini lagi, dia lebih suka meluangkan masa dengan ibunya.

Dalam perkembangan lain, Qistina bakal muncul dengan filem seram, Rahsia yang telah dihasilkan semula berdasarkan filem arahan Othman Hafsham pada 1987 dengan judul sama.

Dalam filem ini, Qistina memegang watak sebagai Marina iaitu anak kepada Nabila Huda dan Fikry Ibrahim.

Filem Rahsia akan ditayangkan di pawagam bermula 10 Ogos 2023. – Getaran, 13 Julai 2023.

Foto : Astro Shaw & Instagram

 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 4 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN