web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaafar Onn Terkesan Dengan Pemergian Rohana Jalil – ‘Tiada Siapa Yang Sudi Berduet Dengan Saya Kecuali Arwah’

Sebagai rakan karib dan juga mempunyai pertalian darah dengan Allahyarham Rohana Jalil, Jaafar Onn mengakui dia sangat terkesan dengan pemergian arwah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 10:06AM

Sebagai rakan karib, selebriti serba boleh Jaafar Onn mengakui sangat terkesan dengan pemergian Rohana Jalil yang meninggal dunia pada malam Selasa - Gambar oleh Helmi Anuar dan Instagram Jaafar Onn

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai rakan karib, selebriti serba boleh Jaafar Onn mengakui sangat terkesan dengan pemergian Rohana Jalil yang meninggal dunia pada malam Selasa. 

Menurut Jaafar, 71, selain bersahabat baik sejak 40 tahun lalu, Rohana juga mempunyai pertalian darah dengannya dari sebelah bapa. 

“Dia adalah seorang sahabat yang betul memahami diri saya. Dalam ramai-ramai artis popular, hanya dia sahaja yang mahu berduet dengan saya. Sedangkan yang lain pandang serong. Dia juga seorang yang suka dengan masakan saya. Asam Pedas saya yang paling dia suka,” katanya ketika ditemui di majlis pengebumian Rohana Jalil di Subang Jaya.

Jaafar Onn - Gambar oleh Helmi Anuar
Jaafar Onn - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Jaafar lagi, kali terakhir dia melakukan persembahan duet bersama arwah adalah ketika Aidilfitri yang lalu. 

“Ketika kali terakhir kami berduet, saya tengok keadaan dia sudah terlalu teruk. Saya kata padanya kau buat apa datang. 

“Tetapi katanya, disebabkan saya selalu panggil dia buat ‘show’ dan dia tidak mahu memungkiri janji, jadi dia datang juga walaupun ketika itu dia nak berjalan pun susah. Menyanyi pun sambil duduk.

“Selama saya bersama dengan dia, saya ada 120 buah lagu yang dirakamkan bersama dalam 11 buah cakera padat. Itu adalah satu kenangan yang saya tak akan lupakan,” kongsinya. 

Jaafar Onn dan Rohana Jalil - Gambar Instagram Jaafar Onn
Jaafar Onn dan Rohana Jalil - Gambar Instagram Jaafar Onn

Ditanya apakah momen bersama arwah yang akan dirindui olehnya selepas ini, kata Jaafar dia akan sentiasa mengingati kenangan ketika melakukan persembahan bersama arwah di majlis perkahwinan. 

“Setiap kali orang jemput saya untuk membuat persembahan di majlis kahwin, saya mesti kena menyanyi dengan dia. Itu adalah permintaan tuan rumah. Tuan rumah pun mahukan kami menyanyi lagu-lagu klasik. Itu adalah kenangan yang paling saya tak dapat lupakan,” ujarnyanya. 

Terdahulu, Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Selasa jam 11.33 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia selepas bertarung dengan sakit kebocoran usus.

Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 pada Rabu jam 11.45 pagi. – Getaran, 22 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Arwah Jaafar Onn Sering Ingatkan Mengenai Solat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Rohana Jalil

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kilafairy Tenang Dan Reda Dengan Pemergian Rohana Jalil, Sempat Mandikan Jenazah Ibu

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN