web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hadiah Arwah Datuk, Bantu Bina Karier Edrie Hashim

Menurutnya, alat muzik yang dibeli arwah datuknya di Kompleks Pertama itu ialah gitar elektrik pertama yang dimilikinya dan mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 8:00PM

Hadiah berupa sebuah gitar elektrik jenama Orient (kiri) berharga RM500, yang akhirnya berjaya membentuk Edrie Hashim menjadi seorang gitaris unggul di negara ini - Gambar Instagram Edrie Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perjalanan seni komposer, jurutera bunyi dan pemuzik Edrie Hashim, 50, bermula selepas menerima hadiah paling berharga daripada arwah datuknya, Ujang Majid, kira-kira 35 tahun lepas. 

Hadiah itu berupa sebuah gitar elektrik jenama Orient berharga RM500, yang akhirnya berjaya membentuk dirinya menjadi seorang gitaris unggul di negara ini.

"Ketika itu, saya dalam tingkatan tiga atau empat, saya ada masuk pertandingan Battle Of The Band. Siapa sangka, gambar kami keluar dalam sebuah akhbar dalam kolum Mama Juwie.

"Arwah datuk lihat gambar itu dan dia sangat teruja sehingga bertanya beberapa kali sama ada saya mempunyai gitar atau tidak," katanya ketika ditemui pada pelancaran Open Jam Session @ Ideas KL dan Pameran Istimewa Gitar Edrie Hashim, baru-baru ini.

Menurutnya, alat muzik yang dibeli arwah datuknya di Kompleks Pertama, di sini itu ialah gitar elektrik pertama yang dimilikinya dan mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri.

"Ia gitar murah sahaja, namun dengan gitar inilah, saya belajar dan berlatih  sehingga berdarah-darah jari dibuatnya. Kalau tak ada gitar ini, tak tahulah kemahiran (bermain) gitar macam mana. Sebabnya, dulu, saya tiada gitar elektrik, hanya ada gitar kapok (akustik) yang biasanya saya main di tepi tembok.

"Dengan gitar ini juga, saya bawa dalam sesi rakaman album kumpulan Chapters dan Gravity selain digunakan untuk membuat persembahan di Singapura," katanya yang turut mengukir “Al-Fatihah” pada papan gitar elektrik itu, khas sebagai tanda terima kasih kepada arwah datuknya yang sentiasa menyokong minatnya dalam dunia muzik.

Pemain gitar kumpulan rock Wings itu berkata gitar elektrik kesayangannya itu adalah antara 12 gitar elektrik miliknya yang bernilai ratusan ribu ringgit antaranya Ibanez dengan harga RM40,000.

"... dan sebab usianya yang sudah menjangkau lebih tiga dekad dan lama tersimpan di rumah ibu, saya restore semula gitar ini dengan harga kira-kira RM4,000 agar kekal terpelihara. Apa yang pasti, setiap gitar ini mempunyai 'ketajaman' bunyi yang berbeza selain memiliki keunikannya  tersendiri," katanya.

Kini, gitar elektrik kesayangan milik pengasas Neogendang Records itu  boleh dilihat orang ramai apabila dipamerkan di restoran Poolside Bistro di Hotel Ideas, di sini, sepanjang Open Jam Session @ Ideas KL yang berlangsung mulai 16 Jun lepas.

Menurut Edrie, tujuan gitar elektrik itu dipamerkan adalah sebagai simbolik bagi menaikkan semula semangat pemuzik tempatan untuk kembali aktif memeriahkan lagi dunia muzik tempatan.

"Alhamdulillah, saya diberi kepercayaan untuk membawa semula artis tempatan yang mempunyai vokal mantap selain masih relevan dalam industri untuk membuat persembahan secara 'live'.

"Saya bukan sahaja mahu jadikan Open Jam Session ini sebagai hab hiburan tetapi juga memberi peluang kepada artis dalam menyediakan platfom untuk mereka mengadakan persembahan. Saya mahu jadikan projek ini seperti mini Planet Hollywood," katanya

Edrie berkata industri muzik tempatan ketandusan platform untuk artis mengadakan persembahan kerana berkarya bukanlah hanya untuk membuat lagu, sebaliknya turut berkaitan dengan persembahan.

"Artis dan platform perlu jalan seiring. Artis yang membuat persembahan secara live akan memberi inspirasi kepada artis-artis muda di luar sana termasuk mereka yang berminat dalam muzik, untuk suatu hari nanti berdiri di atas pentas dan mengadakan persembahan," katanya yang kini tampil dengan imej berambut pendek selepas menunaikan umrah pada November tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 tahun yang lalu

Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Eyelitz Ceburi Muzik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...