web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Eyelitz Ceburi Muzik

Ditubuhkan pada 2015, kumpulan yang dibarisi empat pemuda itu memiliki bakat hebat bermain gitar, keyboard, dram dan gitar elektrik serta mampu menghiburkan penonton dengan persembahan mantap.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 5:05PM

Penyanyi Eyelitz Buskers melakukan persembahan pada Konsert 'Kau dan Aku' sempena Hari OKU Sedunia. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan tidak pernah menjadi penghalang bagi kumpulan Eyelitz Buskers melakar nama dalam bidang muzik.

Ditubuhkan pada 2015, kumpulan yang dibarisi empat pemuda itu memiliki bakat hebat bermain gitar, keyboard, dram dan gitar elektrik serta mampu menghiburkan penonton dengan persembahan mantap.

Vokalis kumpulan itu Mohd Nazri Mohd Sahri, 30, membuktikan dirinya seorang penyanyi dan pemain gitar yang berbakat walaupun memiliki masalah penglihatan sejak lahir.

Anak jati warga kota ini memulakan kerjaya tersebut sejak berusia 14 tahun, dengan mendalami minatnya bermain alat muzik gitar selepas mendengar petikan guitar bapa saudaranya sejak berumur empat tahun.

“Saya belajar (bermain gitar) melalui pendengaran atau dari hati dan kita boleh tahu yang dia main key apa, note apa yang setiap ahli muzik mainkan. Kita tahu ini A minor, yang ini B minor,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Konsert Mini Kau dan Aku di Pusat Seni Persembahan Damansara.

Dalam pada itu, pemain gitar elektrik kumpulan itu, Muhammad Tirmizi Muslim, 30, menzahirkan rasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk menghiburkan orang ramai secara eksklusif di pentas konsert tersebut dan menjadi sebahagian daripada sambutan Hari OKU Antarabangsa yang disambut pada 3 Disember lalu.

Berasal dari Kota Tinggi, Johor, Muhammad Tirmizi yang juga membuat persembahan busking bersama kumpulannya berkata pada awalnya beliau juga berasa gementar namun gembira setelah mendengar tepukan dan laungan penonton.

Pemain drum kumpulan berkenaan, Mohamad Zaki Norizan, 28, graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Melayu, meminati alat muzik itu sejak sekolah menengah.

Beliau berkata masalah penglihatan yang dihadapinya sejak 1998 iaitu semasa berumur lima tahun susulan kanser limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah.

Selain busking, anak jati Langkawi, Kedah ini turut mengimpikan kerjaya yang mantap bagi mengembangkan bakat muziknya.

Sementara itu, pemain keyboard Mohd Safiq Arshad, 29, dari Bahau, Negeri Sembilan berkata beliau belajar bermain muzik secara sendirian sejak sekolah rendah menggunakan pendengaran.

“Saya belajar main sendiri tidak ada kelas, kalau dengar lagu, ikut je lagu itu dan kalau orang jamming, kita ikut je sampai kena marah,” katanya yang menghidap masalah penglihatan sejak lahir kerana tidak cukup bulan.

Kumpulan itu pernah menyertai pertandingan Battle of The Band anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan mendapat tempat kedua pada tahun 2015. - Bernama

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN