Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terharu Mendapat Penghargaan Daripada Presiden Jokowi, Putri Ariani Berazam Menjadi Juara America’s Got Talent 2023 

Mendapat undangan daripada Jokowi untuk hadir di kediaman rasminya di Istana Merdeka, Putri Ariani juga sempat mempersembahkan lagu ciptaan Loneliness sambil bermain piano.  

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 2:00PM

Putri Ariani (dua kiri) ketika hadir di kediaman rasmi Jokowi ditemani ibu dan bapanya. - Gambar Instagram Putri Ariani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, warga Indonesia masih lagi meraikan pencapaian Putri Ariani yang cukup membanggakan setelah dia berjaya meraih Golden Buzzer daripada Simon Cowell saat menyertai America’s Got Talent (AGT) baru-baru ini. 

Anak kelahiran Riau yang cacat penglihatan sejak berusia tiga tahun itu meraih Golden Buzzer daripada Simon setelah menampilkan persembahan yang menakjubkan menerusi lagu ciptaannya sendiri, 'Loneliness' sambil bermain piano.

Simon Cowell ketika memberikan Golden Buzzer kepada Puteri Ariani di AGT baru-baru ini. - Gambar Instagram Simon Cowell
Simon Cowell ketika memberikan Golden Buzzer kepada Puteri Ariani di AGT baru-baru ini. - Gambar Instagram Simon Cowell

Bahkan, apa yang membanggakan penyanyi -pencipta lagu berusia 17 tahun yang dibesarkan di kota Jogjakarta ini juga turut mendapat undangan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi untuk hadir di kediaman rasminya di Istana Merdeka, semalam. 

Memetik laporan Tribbun News, Putri Ariani akui bangga dan terharu apabila usahanya mengharumkan nama Malaysia mendapat penghargaan daripada presiden di negara republik kelahirannya itu. 

"Luar biasa bangga dan terharu apabila dihargai presiden," ucap Putri Ariani menerusi laporan YouTube Sekretariat Presiden.

Hadir ditemani kedua orang tuanya, Putri Ariani dengan bangga menunjukkan Golden Buzzer yang diterimanya dari Simon Cowell.

Di kesempatan itu juga, Putri turut mendapatkan hadiah berupa wang tunai daripada Jokowi yang dikatakan sebagai tabungannya untuk kegunaan sewaktu berada di Amerika Syarikat sekali lagi. 

"Alhamdulillah wang bekalan ke Amerika," ucap Putri yang akan kembali ke negara Uncle Sam itu untuk pertandingan akhir AGT pada bulan Ogos nanti. 

Jokowi menikmati persembahan lagu 'Loneliness' ciptaan Putri Ariani. - Gambar Instagram Putri Ariani
Jokowi menikmati persembahan lagu 'Loneliness' ciptaan Putri Ariani. - Gambar Instagram Putri Ariani

Putri juga turut mempersembahkan lagu 'Loneliness' sambil bermain piano, sementara Jokowi berdiri di sampingnya. 

Dalam pada itu, Detik.com pula melaporkan bahawa terdapat khabar yang mengatakan bahawa Putri menerima Rp 7 triliun daripada Simon Cowell hasil daripada royalti persembahan di pentas AGT apabila membawakan lagu ciptaan sendiri. 

Namun pertanyaan itu segera dijawab oleh ibunya, Reni Alfianty. 

"Diaminkan sahaja. Semua doakan yang  terbaik. Aamin. Rezeki dari Allah SWT tiada siapa yang tahu,” katanya. 

Jokowi dan Putri Ariani - Gambar Instagram Putri Ariani
Jokowi dan Putri Ariani - Gambar Instagram Putri Ariani

Bagaimanapun, Reni sama sekali tidak menyangkal tentang adanya pendapatan dari royalti lagu-lagu ciptaan Putri yang dinyanyikan di pentas AGT. Ini karena sistem royalti untuk pencipta lagu di luar negeri sudah berjalan dengan baik. 

"Semakin ramai yang menonton, Putri juga dapat royalti sebagai pencipta lagu. Mereka itu lebih profesional.

"Setiap lagu yang dibawakan, yang penciptanya Putri, sudah dianggap sebagai harta inteleknya," tutur Reni.

Putri sendiri berharap seandainya dia muncul sebagai juara America's Got Talent, dia ingin membeli rumah dan grand piano. - Getaran, 15 Jun 2023

Gambar Instagram Putri Ariani
Gambar Instagram Putri Ariani

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Jokowi Minta Biden Campur Tangan, Hentikan Kekejaman Di Gaza Atas Dasar Kemanusiaan

2

Muzik 10 bulan yang lalu

Putri Ariani Bikin Simon Cowell Dan Seluruh Dunia Takjub, Anak Indonesia Ini Raih Golden Buzzer Di America’s Got Talent 

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jokowi Tiba Untuk Lawatan Kerja Ke Malaysia

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Mesyuarat Anwar - Jokowi Bincang 5 Perkara, PM Ulangi Jemputan Untuk Lawat Malaysia

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 12 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

oleh Helmi Anuar

Selebriti 16 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran