Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Putri Ariani Bikin Simon Cowell Dan Seluruh Dunia Takjub, Anak Indonesia Ini Raih Golden Buzzer Di America’s Got Talent 

Biarpun dilahirkan dengan cacat penglihatan, namun kehebatan vokalnya dan keupayaannya menyanyi sambil beraksi bermain piano di pentas America’s Got Talent (AGT), benar-benar menakjubkan. 

Muzik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:50AM

Putri Ariani menjadi anak Indonesia pertama yang pernah meraih keistimewaan Golden Buzzer di pentas AGT.  - Gambar Instagram Simon Cowell

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, nama anak kelahiran Riau, Indonesia berusia 17 tahun iaitu Putri Ariani sedang viral dan menjadi sorotan dunia. 

Biarpun dilahirkan dengan cacat penglihatan, namun kehebatan vokalnya dan keupayaannya menyanyi sambil beraksi bermain piano di pentas America’s Got Talent (AGT), benar-benar menakjubkan. 

Lebih mengagumkan apabila Putri Ariani membawakan ciptaannya sendiri berjudul 'Loneliness' di pentas pencarian bakat antarabangsa yang cukup berprestij itu. 

Terpukau dengan kehebatan Putri Ariani, Simon Cowell yang menjadi salah seorang juri utama AGT telah memintanya membawakan sebuah lagi lagu. 

Putri Ariani kemudian sekali lagi menunjukkan kehebatannya apabila membawakan lagu 'Sorry Seems To Be Hardest Word' yang dipopularkan oleh Sir Elton John dengan begitu baik dan sempurna sekali. 

Gambar Instagram Simon Cowell
Gambar Instagram Simon Cowell

Simon jadi lebih terpegun. Begitu juga dengan rakan-rakan jurinya yang lain iaitu Sofia Vergara, Heidi Klum dan Howie Mandel. 

Tidak hanya mereka yang memberikan standing ovation tetapi juga seluruh penonton yang berada di dalam arena AGT tersebut. 

Menangis saat mendengar sorakan dan tepukan gemuruh yang  tidak henti-henti diterimanya, penonton juga ikut terharu sama sehingga menitiskan air mata. 

Simon sewaktu memberikan komen berkata: "Kamu 17. Kamu menulis lagu, kamu mempunyai vokal yang hebat. Saya rasa kamu adalah salah satu penyanyi bagus yang pernah ada di dalam persembahan ini." 

Lalu, Simon terus menekan Golden Buzzer buat Putri Ariani, sekaligus menjadi anak Indonesia pertama yang pernah meraih keistimewaan tersebut di pentas AGT. 

Simon sendiri telah memuat naik beberapa keping gambar Putri Ariani saat menerima Golden Buzzer di Instagram miliknya dan serentak itu, hantaran yang dimuat naik itu turut dibanjiri dengan komen-komen dari warga Indonesia yang ternyata cukup berbangga sekali dengan pencapaian serta kejayaan yang diraih penyanyi dan pencipta lagu muda tersebut. 

Namun, Putri Ariani yang sudah dilahirkan buta sejak berusia tiga tahun akibat penyakit katarak sebenarnya pernah mencetuskan fenomena di negara kelahirannya sendiri apabila memenangi pertandingan Indonesia’s Got Talent 2014 pada usia 8 tahun. 

Sejak itu, Putri Ariani telah menumpukan fokus dan perhatiannya dalam mengembangkan bakat dan kerjaya seni muzik. Hasilnya, dia telah pun melancarkan sebuah album studio berjudul 'Melihat Dengan Hati' serta hampir 20 single. 

Salah satu lagunya yang hit adalah 'Tak Mampu Lupa'. Dilancarkan pada tahun 2022, lagu itu didengar sebanyak 11 juta di Spotify sehingga saat ini. 

Sementara lagu yang dinyanyikan Putri Ariani di pentas AGT itu pula adalah salah satu single yang pernah dihasilnya pada tahun 2021. 

Wow! Syabas buat Putri Ariani. Bukan hanya warga Indonesia sahaja yang berbangga dengan kamu tetapi juga dari negara tetangga. Semoga sukses dan terus mendunia. – Getaran, 12 Jun 2023

Gambar Instagram Simon Cowell
Gambar Instagram Simon Cowell

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 bulan yang lalu

Terharu Mendapat Penghargaan Daripada Presiden Jokowi, Putri Ariani Berazam Menjadi Juara America’s Got Talent 2023 

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 20 jam yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Masalah rumahtangga kedua-dua pasangan artis mula dihidu sejak tiada perkongsian mengenai pasangan masing-masing

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

oleh Rahayu MN