web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelawak Dan Pengarah Veteran, AR Badul Nafi Kahwin Lagi Dengan Pelakon, Annie Arifin

Aktor veteran ini menafikan gosip yang bertebaran di media sosial mengatakan dia telah berkahwin buat kali ketujuh dengan pasangan terbaru iaitu pelakon, Annie Arifin.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 12:04PM

AR Badul menafikan gosip yang menyebut bahawa dia telah berkahwin dengan Annie (kiri) - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah veteran, AR Badul, 73, menafikan gosip yang sedang bertebaran di media sosial mendakwa dia telah berkahwin buat kali ketujuh dengan pasangan terbaru iaitu  pelakon, Annie Arifin.

AR Badul sewaktu ditemui pada sidang media tayangan perdana filem arahannya iaitu Vik2ria Secret malam tadi berkata, sebelum ini pernah timbul gosip yang mengatakan Annie adalah anaknya.

“Dunia sekarang penuh dengan fitnah. Umur saya pun sudah 73 tahun. Takkanlah saya masih tak sedar diri lagi. Lebih baik dia cari lelaki yang lebih baik daripada saya,” katanya.

AR Badul menegaskan dia bahagia bersama isterinya, Maizatul, yang juga seorang jururawat.
AR Badul menegaskan dia bahagia bersama isterinya, Maizatul, yang juga seorang jururawat.

Ditanya adakah dia kesal kerana di usia sebegini, masih timbul gosip yang mengaitkannya dengan wanita, kata Badul sebagai seorang selebriti, gosip adalah perkara biasa dalam hidupnya.

“Selagi anda bergelar seorang artis, anda kena terimalah semua ini. Tetapi satu yang bagus pada zaman sekarang ini adalah, kita boleh beri respon dengan cepat. Dulu ada kes mengatakan saya sudah meninggal dunia. Saya terpaksa pergi balai polis untuk beritahu saya sebenarnya masih hidup. Saudara mara datang dari jauh ingatkan saya betul-betul sudah meninggal,” kongsinya. 

Filem Vik2ria Secret yang turut dibintangi oleh Annie sebagai pelakon utama bakal menemui penonton di pawagam pada 15 Jun ini, ditanya adakah gosip yang timbul ini adalah salah satu gimik untuk mempromosikan filem ini, kata Badul penonton sekarang tidak lagi bodoh seperti dulu.

“Sekarang orang kita dah bijak. Kalau perkara itu hanya gimik atau lakonan, mereka boleh tahu. Contohnya buat-buat bergaduh di kedai makan untuk lariskan kedai. Benda-benda seperti ini (gimik) hanya boleh dilakukan sekali dua sahaja. Lama-lama dah tak menjadi,'' katanya.

Anak kepada legenda Allahyarham AR Tompel ini berkata dia masih setia dan bahagia bersama isterinya iaitu Maizatul yang merupakan seorang jururawat yang dinikahinya lebih 10 tahun lalu.

“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang bertugas sebagai jururawat. Ketika saya sakit jantung dulu, dia yang menjaga saya. Ketika itu membuatkan saya sedar dan insaf. Tak nak ligat lagi,” katanya. – Getaran, 14 Jun 2023

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Muzik 1 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad