web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi Pastikan Pendidikan Anak-Anak Istimewa Tidak Terabai, Ahmad Idham Tubuh NGO Dikenali Sebagai PRISMA 

Antara usaha awal PRISMA atau Pertubuhan Anak-Anak Istimewa adalah melalui usahasama dengan platform infaq digital, Rezeki Infaq. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 6:11PM

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PRISMA dan Rezeki Infaq telah berlangsung secara ringkas di Putrajaya, baru-baru ini. - Gambar Ahmad Idham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat pada keperluan dalam usaha memastikan pendidikan awal anak-anak istimewa diberi perhatian sewajarnya, Dr. Ahmad Idham Nadzri, 51, menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beliau sendiri, dikenali Pertubuhan Ibubapa Anak-Anak Istimewa atau PRISMA.

“Antara usaha awal PRISMA adalah melalui usahasama dengan platform infaq digital, Rezeki Infaq. Di mana pihak mereka akan mewujudkan Tabung Sinar Firdaus.

“Sumbangan masyarakat kepada tabung ini melalui Rezeki Infaq akan digunakan sebagai dana untuk penubuhan Pusat Intervansi Awal Kanak-Kanak di seluruh negara,” katanya.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PRISMA dan Rezeki Infaq telah berlangsung secara ringkas di Putrajaya, baru-baru ini.

Ahmad Idham berkata, pusat intervansi itu akan menyediakan pendidikan dan terapi khusus kepada anak-anak istimewa berusia 3 hingga 6 tahun.

Proses itu dilihat perlu terutama sebagai persiapan awal buat anak-anak istimewa yang bakal memasuki alam sekolah rendah kelak.

“Contohnya PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) di bawah Kementerian Pendidikan, saya tidak nampak ada koordinasi yang lebih sistematik dari sudut modul pendidikan khas di mana kita tahu sekolah PPKI hanya akan mengambil anak-anak istimewa bermula dari umur 7 tahun sahaja.

“Oleh itu, sebagai usaha awal dari pihak saya, PRISMA akan memainkan peranan penubuhan pusat intervansi itu. Malah sumbangan masyarakat melalui Tabung Sinar Firdaus turut digunakan untuk menaja anak-anak istimewa dari keluarga B40,” katanya.

Selain itu, beliau juga merancang untuk mewujudkan pelbagai program kesedaran dan latihan kepada ibubapa yang mempunyai anak istimewa di bawah PRISMA. - Getaran, 12 Jun 2023 

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Saya Masih Komited Untuk Menjadikan Port Dickson Sebagai Hab Pendidikan Khas - Ahmad Idham 

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Prisma: RM54 Juta Diagih Pada Pemain Industri Kreatif- Saifuddin

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Finas Turun Padang, Kurangkan Birokrasi Permohonan Dana

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN