web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prisma: RM54 Juta Diagih Pada Pemain Industri Kreatif- Saifuddin

Sehingga kini, lebih 14,000 penerima daripada industri filem, kandungan kreatif digital serta muzik telah memanfaatkan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 3:34PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebanyak RM54 juta daripada RM89.2 juta dana diperuntukkan bagi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) telah diagihkan kepada penggiat industri kreatif negara, setakat ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan menyasar untuk mengagihkan baki dana tersebut kepada penggiat industri kreatif sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata sehingga kini, lebih 14,000 penerima daripada industri filem, kandungan kreatif digital serta muzik telah memanfaatkan bantuan tersebut.

“Kita ingin agihkan (dana Prisma) sebelum akhir Disember ini dan bantuan ini merangkumi pelbagai aspek melibatkan semua pemain industri kreatif.

“Sebagai contoh, untuk pemain industri filem, kita beri subsidi buat mereka jalankan sanitasi di tempat kerja serta subsidi untuk melakukan ujian swab untuk pelakon dan kru yang terlibat dengan sebarang penggambaran,” katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) program Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Sarawak Media Group (SMG) secara maya, hari ini.

Dilancarkan pada 5 Feb lepas, Prisma merupakan inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertujuan memastikan kelangsungan dan kelestarian penggiat industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19.

Menerusi kerjasama tersebut, RM2.9 juta akan diperuntukkan bagi menjayakan sembilan projek kerjasama antara FINAS dan SMG dalam penghasilan kandungan kreatif. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN