web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liyana Jasmay Bersyukur Perkongsian Berkenaan Diskriminasi Warna Kulit Membuat Orang Berkulit Gelap Tersentuh

Dalam pada itu, Liyana berkata tindakan diskriminasi warna kulit dan ‘body shaming’ di media sosial bukannya satu budaya yang asing bagi masyarakat masa kini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 8:00PM

Liyana Jasmay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Liyana Jasmay mengakui mengambil kecaman orang ramai berkenaan diskriminasi warna kulitnya dari sudut positif dan secara tidak langsung  tindakanya itu telah menarik perhatian pengikutnya.

Liyana tidak menyangka perkongsiannya di TikTok untuk mempertahankan dirinya ketika berdepan dengan diskriminasi daripada netizen itu menyebabkan ramai pengikutnya, yang mengalami nasib yang sama, tersentuh hati.

Liyana bersyukur kerana perkongsian di media sosial yang menjadi tular berkenaan diskriminasi warna kulit itu membuat wanita atau lelaki yang berkulit gelap kini lebih menghargai diri masing-masing.
Liyana bersyukur kerana perkongsian di media sosial yang menjadi tular berkenaan diskriminasi warna kulit itu membuat wanita atau lelaki yang berkulit gelap kini lebih menghargai diri masing-masing.

“Saya memang tak sangka perkongsian di TikTok itu boleh dapat hingga tiga juta viewers. Namun Alhamdulillah, kenyataan saya buat orang lain gembira dan mereka juga berkongsi nasib dengan saya.

“Saya dapat notification yang banyak, beribu-ribu orang bagi komen. Saya memang tak berniat nak buat benda begini jadi sensasi,” katanya kepada Getaran.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan drama bersiri terbaru lakonannya, Alter-Naratif, di sebuah sebuah restoran di ibu kota baru-baru ini.

Liyana atau nama sebenarnya Liyana Jasmay, 35, berkata dia bersyukur kerana perkongsian di media sosial yang menjadi tular berkenaan diskriminasi warna kulit itu membuat wanita atau lelaki yang berkulit gelap kini lebih menghargai diri masing-masing.

Tambahnya, dia juga mampu mengawal emosi dan bersikap positif mungkin disebabkan pengalamannya yang sudah lama dalam dunia seni. Liyana turut menegaskan diskriminasi warna kulit dan body shaming di media sosial kini bukannya budaya yang asing bagi masyarakat.

“Diskriminasi warna kulit dan body shaming ini bahkan sudah menjadi satu norma kepada netizen zaman sekarang. 

“Orang bukan saja mengata artis, tapi orang biasa pun kena. Perkara seperti ini lumrah, jadi kita kena hadapi dengan tenang kerana tak semua orang suka kita. Yang penting adalah bagaimana kita memberi tindak balas,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liyana membawa watak sebagai Aira Kamal dalam drama Original platform Viu yang berjudul ‘Alter-Naratif’ bermula 25 Mei lalu.

Naskhah arahan Faizal Ishak yang bergenre psychological thriller itu menemui penonton setiap khamis bermula hari ini di saluran Viu Original.

Selain Liyana, turut menjayakan drama tersebut adalah Gambit Saifullah, Nabila Huda, Neers Azizi dan Rahil Omar. – Getaran, 26 Mei 2023.

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa