web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awesome TV Buat Hal Lagi! – Giliran Aktres Veteran Norlia Ghani Tak Dapat Bayaran

Hantaran yang dibuat oleh NorLia Ghani atau mesra disapa sebagai Mama Norlia itu mengundang simpati ramai dan ia turut mengingatkan insiden sama yang turut dialami Atu Zero.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 12:09PM

Norlia Ghani - Gambar Instagram @norliaghaniofficial48

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak tahulah apa yang tidak kena dengan Awesome TV.  Asyik-asyik timbul masalah yang sama. Liat sungguh nak keluarkan duit untuk bayar payment produser dan pelakon. 

Terbaharu, aktres veteran Norlia Ghani juga turut mengalami nasib malang yang sama apabila dia masih belum menerima bayaran daripada Awesome TV untuk sebuah drama bersiri yang dibintanginya. 

“Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja yang dibuat sebelum bulan puasa, tapi Hari Raya pun dah habis. Harap adalah dapat payment walaupun sedikit. Buat episod.

“Apakah Awesome TV takde duit, sedangkan station lain cepat aje dah selesai bayaran. Penat kerja tak dapat hasil,” tulisnya dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Hantaran yang dibuat oleh Noria Ghani atau mesra disapa sebagai Mama Norlia itu mengundang simpati ramai dan ia turut mengingatkan insiden sama yang turut dialami Atu Zero. 

Seorang pengikut Norlia Ghani dengan nama @ummi_nurhakim memberikan komen: “Allahu mama pun kene macam Atu Zero ye.

Tangkapan layar ruangan komen di Instagram Norlia Ghani
Tangkapan layar ruangan komen di Instagram Norlia Ghani

Kalau takde duit kenapalah buka stesen tv tu ye.. boikot aje awesome tv yang tak berapa awesome tu”. 

Bahkan, ramai mengutuk Awesome TV dan berpendapat bahawa stesen televisyen tersebut seolah-olah cuba menganiaya golongan pelakon berwarga emas seperti Norlia Ghani.

“Allahu..kesian buat warga mas mcm tu,” tulis its_me_cikbetty. 

“Kerja da buat. Tolong la bayar..Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan,” komen umarollinda. 

Tidak kurang juga yang mengharapkan agar FINAS akan mengambil tindakan sepenuhnya terhadap Awesome TV dan ada juga menyarankan supaya Awesome TV diboikot! 

Pengikut Norlia iaitu @aimaneeragon pula memberikan komen: “Keji ya, Awesome TV. Begini ke layan pelakon-pelakon veteran ya.  Bagi lah watak apa Mama Norlia Ghani hebat ya di kaca tv. Aiyo!! Memalukan industri hiburan sekarang. Aiyo @finasmalaysia sila ambil tindakan sepatutnya. #jagalahindustrihiburankita

Tangkapan layar komen netizen mengecam Awesome TV
Tangkapan layar komen netizen mengecam Awesome TV

Ini bukanlah kali pertama Norlia Ghani mengeluh tentang soal isu bayaran daripada Awesome TV. Sebelum ini, dia telah menyuarakan perkara yang sama, namun keluhannya langsung tidak dihiraukan atau diendahkan. 

Kasihan sungguh Mama Norlia ya. Mari kita doakan supaya Mama Norlia akan menerima hak bayarannya itu. – Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5.5 Juta Penerima STR Terima Bayaran Mulai 7 November

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...