web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Sepenuh Jiwa Dan Raga, Sharnaaz Ahmad Tak Kisah Tentang Bayaran Bintangi Filem 'Polis Evo 3'

Sharnaaz Ahmad telah dipilih untuk membawakan watak antagonis dalam filem 'Polis Evo 3' arahan Syafiq Yusof.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 2:10PM

Sharnaaz Ahmad - Gambar ihsan Astro Shaw

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad mengakui dia tidak kisah soal bayaran sewaktu ditawarkan membintangi filem Polis Evo 3.

Sharnaaz telah dipilih untuk membawakan watak antagonis dalam sekuel filem yang ditunjangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam ini. 

“Sewaktu saya terima untuk lakukan projek ini, saya tak nak tanya pasal bayaran. Bila penerbit (Joel Soh) beritahu pengurus saya mereka mahu lakukan sesi uji bakat, saya terus bersetuju biarpun saya seorang yang tak pandai untuk lakukan sesi uji bakat. Saya akan jahanam dengan cemerlangnya. Tetapi saya tetap pergi dan saya tak tahu apa yang saya buat.

“Selepas itu, penerbit beritahu mereka akan ambil saya berlakon untuk filem ini. Dari situ saya tanamkan dalam diri, mampus pun mampus lah! Saya tetap nak buat filem ini. Saya betul-betul berikan sepenuh hati buat kerja ini,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Polis Evo 3.

Sharnaaz telah dipilih untuk membawakan watak antagonis dalam sekuel filem yang ditunjangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam ini
Sharnaaz telah dipilih untuk membawakan watak antagonis dalam sekuel filem yang ditunjangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam ini

Tambah Sharnaaz lagi, dia berasa bertuah kerana turut mendapat sokongan padu daripada pelakon utama filem iaitu Zizan dan Sam sendiri termasuklah pengarahnya iaitu Syafiq Yusof. 

Dalam filem Polis Evo 3, Sharnaaz membawakan watak sebagai bekas anggota polis bernama Reza. Reza pernah menjadi satu pasukan dengan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) 10 tahun yang lalu. Namun disebabkan satu tragedi yang berlaku sewaktu mereka menjalankan operasi, Reza telah nekad untuk membalas dendam terhadap bekas pasukannya. 

Dalam filem Polis Evo 3, Sharnaaz membawakan watak sebagai bekas anggota polis bernama Reza
Dalam filem Polis Evo 3, Sharnaaz membawakan watak sebagai bekas anggota polis bernama Reza

Selain dibintangi oleh Zizan, Sam dan Sharnaaz, filem ini turut membariskan bintang-bintang terkenal seperti Syafiq Kyle, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Douglas Lim, Eyka Farhana, beberapa penampilan khas. 

Polis Evo 3 bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 25 Mei 2023. – Getaran, 23 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Insya-Allah, Mamu Tak Buat Hal Lagi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Mamu' Bebas Tuduhan Cederakan Pengawal Keselamatan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Polis Evo 3 Diabadikan Di Mural Gergasi

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...