web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yang Sensasi Dan Kontroversi Mengenai Coldplay, Yang Pasti Kesemua Ahlinya Bukanlah Mengamalkan Kehidupan Budaya Songsang 

Apa sahaja yang terkait dengan band muzik Coldplay di negara ini ketika ini sememangnya mencetuskan kontroversi dan berita sensasi dan percayalah ia tidak akan berakhir untuk tempoh beberapa hari lagi. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 12:58PM

Coldplay - Gambar AFP

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa sahaja yang terkait dengan band muzik Coldplay di negara ini ketika ini sememanganya mencetuskan kontroversi dan berita sensasi dan percayalah ia tidak akan berakhir untuk tempoh beberapa hari lagi. 

Ia bermula pada pihak penganjur konsert, Live Nation Malaysia mengumumkan dan mengesahkan berita bahawa Coldplay akan menyertakan negara ini sebagai salah satu lokasi siri konsert jelajah mereka Coldplay: Music Of The Spheres World Tour. 

Berita pengumuman itu membuatkan peminat tegar Coldplay yang selama ini menunggu kehadiran mereka di negara ini jadi tidak senang duduk, apatah ia merupakan siri konsert jelajah Coldplay yang pertama di Asia sejak band muzik British Rock itu mula merakamkan album studio pertama mereka, Parachutes pada 2000. 

Sebagai sebuah negara yang mempunyai jumlah pengikut muzik rock dalam pelbagai genre yang ramai, Coldplay sememangnya mempunyai fanbase yang besar yang telah mengikuti perjalanan muzik mereka sejak 1997. 

Keterujaan peminat tear Coldplay semakin membuak-buak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat ucapan secara terbuka di media sosial, mengalu-alukan kedatangan Coldplay ke negara ini. 

Kemudian, salah seorang pemimpin PAS pula bersuara dan menggesa kerajaan supaya konsert Coldplay dibatalkan atas alasan kumpulan British Rock itu menyokong puak LGBTQ, tanpa menyedari bahawa Coldplay pernah menyumbang wang sebanyak RM3.2 juta untuk membersihkan sungai di Malaysia

Bahkan, sewaktu mereka menjadi sebahagian daripada parti kerajaan pada 2022, banyak konsert artis antarabangsa yang diluluskan termasuklah Super Junior serta Billie Eilish yang memang secara terang-terangkan mengakui bahawa dirinya adalah pro LGBTQ.

Tiket Coldplay sold out dalam tempoh tiga jam, semalam.
Tiket Coldplay sold out dalam tempoh tiga jam, semalam.

Sekarang ini, kecoh pula dengan isu tiket Coldplay yang sold out dalam tempoh tiga jam yang disebabkan ia dibolot dalam jumlah kuantiti banyak oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab yang kemudian menjualnya dengan harga lebih tinggi.

Susulan daripada itu, satu petisyen telah dibuat untuk meminta pihak penganjur mempertimbangkan supaya konsert Coldplay di Malaysia dilanjutkan seperti mana yang berlaku di Singapura. 

Tak tahulah apa lagi berita Coldplay yang sensasi dan mencetuskan kontroversi selepas ini.

Namun, isu mengenai Pas dan Coldplay masih lagi tidak selesai. 

Seorang pengguna di Twitter, Joker @BadBoy2662 memuatnaik sebuah hantaran berkaitan dengan akhbar milik PAS iaitu Harakah Daily. 

Pada 2011, PAS pernah menyiarkan berita tentang penglibatan Coldplay menerusi lagu Freedom for Palestine yang mana usaha mereka itu amat dikagumi ramai pro-Palestine di seluruh dunia. 

Namun, berita itu sudah tidak lagi dipadam dan ditarik balik daripada akhbar yang menjadi lidah rasmi Persatuan Parti SeIslam Malaysia itu. 

Tulisnya: “Dengan kuasa Allah swt, Lidah rasmi Parti Ajaran XXXXX kantoi lagi. Kalau kantoi, buat apa tuan-tuan???? Yesss betolllll... D E L E T E (Padam) “. 

PAS menerusi Harakah Daily barangkali berbuat demikian bagi menunjukkan kesungguhan mereka dalam menentang kemungkaran apabila menyifatkan Coldplay adalah simbol LGBT.

Hal ini bertitik-tolak daripada usaha Coldplay yang berterusan dalam menyatakan sokongan terhadap hak LGBT dan kesaksamaan serta turut menderma untuk membantu organisasi LGBT+.

Walhal tiada seorang pun ahli Coldplay iaitu Chris Martin, Jonny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion yang menjadi sebahagian daripada golongan itu secara seksual. – Getaran, 18 Mei 2023 



 

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

3

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

4

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

5

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN