Setiap anak-anak pasti mengimpikan sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia bersama ibu bapa mereka. Namun, ada juga yang tidak bernasib apabila terpaksa berdepan dengan perceraian daripada kedua-dua ibu bapa mereka.
Perkara ini turut dilalui lima anak kepada pasangan selebriti Allahyarham Ridzuan Hashim dan Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah yang lahir pada 1993, Muhammad Dhanial (1994), Nurdinie (1996), Danie (1998), dan Diyana (1999)
Bahkan, salah seorang anak kepada pasangan ini iaitu Diyana mendedahkan bahawa sehingga saat ini pun mengapa tidak mengetahui kenapa ibu bapanya itu bercerai.
“Kami tidak tahu sebab mengapa kamu ayah bercerai. Kami tidak pernah bertanya selagi mummy sendiri tidak beritahu kerana kami faham dan hormat akan perkara itu.
“Tapi, kamu tak pernah bagitahu sehinggakan saya sudah berusia 24 tahun sekarang ini pun, masih lagi tak tahu. Kamu hanya mahu kami ‘gembira’ macam kamu ,” tulisnya dalam sebuah hantaran yang dimuatnaik di Instagram miliknya.
Diyana berkata demikian sewaktu membuat ucapan selamat ulangtahun ke-14 buat ibunya Didie Alias dan bapa tirinya, Norisham Ismail.
Didie mendirikan rumahtangga dengan Norisham yang juga bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan pada 8 Mei 2009 selepas bercerai dengan Allahyarham Ridzuan Hashim pada 2002.
Diyana yang bertugas sebagai seorang chef, turut mendedikasikan hantaran itu kepada Norisham, menulis lagi:
“Daddy, terima kasih sebab menjadi bapa tiri yang baik kepada kami semua.
“Saya tahu pada mulanya agak sukar buat daddy, betapa sabarnya daddy mengharungi hidup bersama kami dulu sewaktu kami masih berada dalam penafian (in denial).
“Saya mahu mummy gembira tetapi saya tidak dapat terima kehadiran seorang lagi bapa, tapi kami telah membuktikan saya salah.
“Mengambil masa bertahun untuk daddy minta kami semua panggil kamu daddy berbanding Uncle. Beberapa tahun salam raya, permintaan kamu cuma satu, kamu mahu kami melayan kamu seperti bapa yang normal.
“Saya mohon maaf kerana ada ketikanya menjadi degil tapi saya tahu kamu menyayangi saya dan sentiasa menunggu saya pulang setiap kali saya keluar dan hanya akan tidur bila saya sudah sampai rumah dahulu,”katanya.

Diyana turut memohon maaf kepada Didie dan bapa tirinya itu kerana sentiasa mengutamakan Allahyarham bapanya dalam segala sebelum ini.
“Terima kasih sebab faham, Nana (panggilan untuk dirinya dalam keluarga) bahawa saya sentiasa dahulukan gaji saya untuk digunakan kepada ayah berbanding kamu berdua.
“Saya tahu saya tidak berbelanja sangat untuk kamu berdua seperti mana ayah, tapi sekarang, saya akan melakukannya, okay?, jelasnya lagi.

Diyana turut berterima kasih kepada ibu dan bapa tirinya kerana tidak menyimpan sebarang dendam terhadap arwah bapanya dan sanggup menerimanya di dalam keluarga.
“Terima kasih lembutkan hati untuk bagi kita orang dapat beraya sekali dengan ayah bawak balik kampung belah mummy dan daddy.
“Terima kasih selalu tanya; “eh ayah kamu macam mana?”, “ayah kamu ikut sekali tak”, setiap kali kita ada perhimpunan keluarga.
“Nak cakap terima kasih kepada anda berdua memang tidak akan cukup di sini. Terima kasih menjadi ibu bapa yang terbaik dan sentiasa berada bersama saya terutama sekali pada saat-saat yang sukar.
“Saya mahu kamu berdua tahu bahawa saya amat hargai apa yang anda berdua lakukan untuk kami adik-beradik.
“Akhir sekali, saya menyayangi anda berdua tanpa henti, semoga perkahwinan anda berdua akan kekal selamanya, ibu bapa terbaik saya,” katanya lagi.
Allahyarham Ridzuan Hashim yang terkenal dengan watak King dalam filem KL Gangster telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada 4 Mei lalu akibat penyakit jantung. - Getaran, 10 Mei 2023