web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sharnaaz Ahmad Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Cedera Pengawal Keselamatan

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 3:12PM

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon Sharnaaz Ahmad telah mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memaklumkan kepada Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim bahawa representasi tersebut telah difailkan oleh pihak pembelaan pada Selasa lepas (2 Mei).

Sementara itu, peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, berkata pihaknya memohon maaf kepada mahkamah kerana baru sahaja memfailkan representasi itu pada 2 Mei berikutan terdapat beberapa dokumen perlu diselesaikan.

“Pihak kami memohon maaf kepada mahkamah dan tidak mahu mahkamah menganggap pihak pembelaan melambatkan pemfailan representasi itu.

“Kami mohon satu tarikh ditetapkan awal Julai ini untuk mengetahui keputusan representasi berikutan pihak pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti representasi tersebut,” katanya ketika sebutan kes itu hari ini.

Majistret Atiqah Mohamed kemudian menetapkan 10 Julai ini untuk mengetahui keputusan representasi tersebut.

Pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Sharnaaz dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui media, selepas prosiding, Abu Bakar berkata representasi itu telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 2 Mei lalu.

Sementara itu, Sharnaaz berkata pihaknya akan cuba menyelesaikan kes sebaik mungkin dan sekiranya tiada penyelesaian, beliau bersedia untuk perbicaraan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN