web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Ugut Nak Bunuh Diri, Mahu Jadi Isteri Kedua Aiman Tino

Seorang peminat yang berasal dari Kelantan bertindak di luar batasan apabila mengugut untuk membunuh diri andai dia tidak dapat menjadi isteri kedua kepada penyanyi terkenal, Aiman Tino.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 9:00PM

Aiman Tino bersama isterinya, Che Syarah Haifa Che Isa - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang peminat fanatik yang berasal dari Kelantan telah membuat ugutan bunuh diri andai dia tidak menjadi isteri kedua kepada penyanyi terkenal yang baru sahaja bergelar suami minggu lalu iaitu Aiman Tino.

Menurut ibu Aiman iaitu Hazelina, peminat berkenaan telah menghantar mesej kepada Aiman dan meluahkan hasratnya untuk menjadi isteri kedua.

“Dia merupakan peminat fanatik Aiman. Dulu, mereka pernah bertemu dan dia telah meminta nombor telefon Aiman. 

“Disebabkan dia dilihat terlalu meminati Aiman, jadi Aiman pun beri nombornya. Namun nombor berkenaan telah disebarkan kepada kawan-kawan dia yang lain. 

“Dalam ‘group’ peminat Aiman juga, dia sering hantar mesej cakap nak bunuh diri andai tak dapat jadi isteri kedua Aiman. 

“Saya tak pernah nak kurang ajar dengan peminat-peminat Aiman, tetapi dia terlalu mengganggu. Sehinggakan kakak Aiman iaitu Fara Hazel pun dia hantar mesej macam-macam. Adik Aiman pun kena termasuk saya sendiri. Isteri Aiman pun turut diganggunya,” katanya ketika dihubungi.  

Kata Hazelina lagi, selepas sering diganggu Aiman telah memintanya untuk menyekat akaun peminat fanatik berkenaan.

“Selepas sudah ‘blocked’ dia buat akaun baru. Hantar lagi mesej bertubi-tubi. Malah dia pernah menyamar menjadi bapanya sendiri dan hantar mesej kata kenapa tak layan anak saya,” kongsinya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Hazelina akan membuat laporan polis untuk melindungi anaknya daripada perkara yang tidak diingini. 

“Saya takut peminat fanatik itu bunuh diri. Jadi saya ada muatnaik di Instagram saya minta orang ramai tolong cari keluarga dia untuk beritahu tentang perkara ini,” ujarnya.  

Terdahulu, Aiman telah selamat diijabkabulkan bersama suri hatinya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa pada 27 April lalu. – Getaran, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN