web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya Akan Selalu Menyayangi Awak,” Luah Haqiem Rusli Kepada Isteri

Melihat beberapa tweet yang dimuat naik penyanyi Tergantung Sepi beberapa hari belakangan ini, Haqiem secara terbuka mengakui sedang melalui fasa hidup yang mencabar. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 6:00PM

Haqiem Rusli dan isteri Anis Sofea - Gambar Instagram Haqiem Rusli

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas penampilan isterinya yang tidak lagi mengenakan hijab menjadi bualan ramai, kemas kini terbaharu laman sosial milik penyanyi Haqiem Rusli turut mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya risau akan keadaan penyanyi itu. 

Melihat beberapa tweet yang dimuat naik penyanyi Tergantung Sepi beberapa hari belakangan ini, Haqiem secara terbuka mengakui sedang melalui fasa hidup yang mencabar. 

“Semua orang akan melalui beberapa perkara dalam hidup mereka. Saya akan selalu menerimanya dan berharap agar kamu akan memahami bahawa saya telah mencuba sedaya upaya dan akan selalu mencuba,” tulisnya beberapa jam yang lalu.

Bukan itu sahaja, sebelum itu rumah tangga artis berkenaan turut diperkatakan apabila ada khabar angin yang mengaitkan keputusan isterinya, Anis Sofea membuka hijab adalah disebabkan perkahwinan mereka yang sedang dilanda masalah.

Namun begitu, Haqiem menolak dakwaan berkenaan menerusi tweet terbaharunya yang pendek berbunyi,

“Saya akan selalu menyayangi awak,” katanya dalam ciapan berkenaan. Isterinya turut memuat naik foto kemesraan mereka berdua di Instagram sekali gus menafikan khabar angin berkenaan.

Di Twitter, rata-rata mendoakan agar Haqiem dan isterinya akan melalui fasa perkahwinan dengan bahagia dan dijauhkan daripada salah faham.

Anis Sofea - Gambar Instagram Haqiem Rusli
Anis Sofea - Gambar Instagram Haqiem Rusli

“Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian berdua dan dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang peminat.

“Haqiem seorang yang setia. Doa banyak-banyak dan semoga kekal bahagia kerana hati manusia berbolak-balik. Sentiasa mendoakan kebahagian kamu. Semoga pengakhiran yang manis untuk kita semua,” kata satu komen lain. 

“Berehatlah kalau perlu, Haqiem,” kata sebuah akaun Twitter. 

Apapun terkini, penulis mendapati muat naik twitter tersebut sudah pun dipadam atas sebab-sebab yang tertentu.

Terdahulu penampilan terbaharu isteri Haqiem Rusli, Anis menjadi bahan bualan di Twitter apabila rata-rata terkejut melihat wanita itu membuat keputusan menanggalkan hijab menerusi sebuah foto di Instagram. 

Haqiem dan Anis disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 di sebuah majlis tertutup di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. – Getaran, 28 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Zizie Izette, Alya Iman Dan Isteri Haqiem Rusli Tanggal Tudung Di Hari Raya

3

TARA 3 tahun yang lalu

'Mimpi' Haqiem Rusli Tidak Tercalon Di AIM 23, FMC Music Minta Senarai Top 5 Disemak Semula

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Suara Viral 3.0 Beri Ruang Untuk Bakat Terpendam Menyinar 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN