web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Mimpi' Haqiem Rusli Tidak Tercalon Di AIM 23, FMC Music Minta Senarai Top 5 Disemak Semula

Lagu 'Mimpi', dendangan Haqiem Rusli telah dihantar untuk dicalonkan dalam enam kategori Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-23, tetapi tidak tersangkut satu pencalonan pun.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 2:00PM

Haqiem Rusli - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun lagu ‘Mimpi’ nyanyian Haqiem Rusli telah memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 36 dan diangkat sebagai pemenang Lagu Runut Bunyi Terbaik di Anugerah Drama Sangat pada 2021, namun ia tidak tersangkut langsung dalam pencalonan mana-mana kategori di Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-23. 

Perkara tersebut telah mencetuskan tanda tanya buat pihak pengurusan label FMC Music yang menaungi Haqiem Rusli sebagai penyanyi rakaman. 

“Pihak kami telah menghantar lagu 'Mimpi' - Haqiem Rusli untuk dicalonkan dalam enam kategori pencalonan iaitu Lagu Pop Terbaik, Vokal Lelaki Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Drama serta Muzik Video Terbaik. 

“Malangnya, tidak ada satu kategori pun yang tersenarai di dalam Top 5 AIM 23 sewaktu ia diumumkan baru-baru ini. 

“Dan, ini sama sekali menimbulkan keraguan dan tanda tanya di pihak kami. Jika lagu ini tidak popular dan tidak pernah menang apa-apa anugerah besar yang melibatkan penjurian dari panel juri profesional, pasti kami tidak akan mempertikaikan keputusan Top 5 ini.

“Kami sangat berharap keputusan Top 5 AIM yang keluar baru-baru ini disemak semula. Kami faham AIM merupakan anugerah yang disampaikan kepada karya yang berkualiti dan bukan bersandarkan pada populariti lagu sahaja. 

“Akan tetapi seperti yang kami nyatakan tadi jika lagu ini tidak pernah memenangi apa-apa anugerah yang diadili juri profesional pasti kami tidak akan mempertikaikannya. 

“Malah kami sangat yakin bahawa sememangnya 'Mimpi' layak untuk berada di dalam senarai top 5 AIM 23, sekurang kurangnya di dalam beberapa kategori yang telah kami calonkan,” kata wakil FMC Music. 

Sementara itu, Haqiem pula berkata, dia juga sedikit hairan apabila dimaklumkan bahawa lagu 'Mimpi' tidak tersenarai langsung di dalam senarai Top 5 AIM 23. 

“Ia juga menimbulkan tanda tanya di hati saya, adakah lagu ini tidak bagus? Namun, saya yakin rezeki itu Allah SWT yang atur dan susun. Jadi, saya serahkan sahaja perkara ini kepada pihak pengurusan saya, FMC Music,” katanya. - Getaran, 3 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Saya Akan Selalu Menyayangi Awak,” Luah Haqiem Rusli Kepada Isteri

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Zizie Izette, Alya Iman Dan Isteri Haqiem Rusli Tanggal Tudung Di Hari Raya

4

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Pencalonan Ditolak, Polis Guna Gas Pemedih Mata Suraikan Perusuh

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh