web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pencalonan Ditolak, Polis Guna Gas Pemedih Mata Suraikan Perusuh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 6:05PM

Beberapa video dipercayai membabitkan insiden rusuhan tersebut turut tular di media sosial, dengan satu daripadanya memaparkan Anthony memanggil kumpulan pengikut untuk menyerbu sebuah bangunan - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Satu rusuhan berlaku sehingga memaksa pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata bagi mententeramkan keadaan, selepas pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM), Datuk Peter Anthony, ditolak.

Jurucakap parti memberitahu The Vibes, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dinasihatkan untuk tidak menerima pencalonan Anthony.

“Kami dimaklumkan bahawa penasihat undang-undang kepada SPR menasihatkan suruhanjaya untuk tidak menerima pencalonan beliau.

“Kami sedang berunding. Parti masih menunggu pengumuman SPR,” katanya.

Waktu pencalonan untuk wakil mana-mana parti bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November depan sudah ditutup jam 10 pagi tadi.

Keengganan SPR itu dipercayai adalah punca tercetusnya protes oleh penyokong Anthony.

Beberapa video dipercayai membabitkan insiden rusuhan tersebut turut tular di media sosial, dengan satu daripadanya memaparkan Anthony memanggil kumpulan pengikut untuk menyerbu sebuah bangunan.

The Vibes sehingga masih menunggu kenyataan rasmi parti terbabit.

Mei lalu, bekas Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah itu didapati bersalah memalsukan surat daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk kontrak penyelenggaraan sistem.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak RM50,000, namun berjaya mendapatkan perintah penangguhan hukuman.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon PRU-15 di Dewan DSP Antanom. 

Menurutnya, beliau sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, berhubung perkara berkenaan. - The Vibes, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bicara Ebit Lew: Gambar Dipercayai Berunsur Seksual Adalah Tangkap Layar Aplikasi Perbualan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad