web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bercuti Raya Ke India Dan Dilihat Berkerudung, Jasmine Suraya Nafi Tukar Agama

Dilihat memakai kerudung sewaktu berkunjung ke India, Jasmine Suraya nafi dia sudah menukar agama.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 4:06PM

Jasmine Suraya- Gambar Instagram Jasmine Suraya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Percutian aktres Jasmine Suraya ke India ketika ini menimbulkan persoalan daripada netizen apabila dia memuat naik beberapa foto menghadiri seperti satu majlis ritual di sana.

Jasmine menerusi  Instagram, berkongsi momen dirinya seperti mengikuti beberapa upacara keagamaan. Dalam satu hantaran terbaharu, Jasmine turut dilihat memakai kerudung dan juga pakaian tradisi masyarakat India.

Jasmine yang kini masih lagi di Delhi menafikan andaian netizen yang menyangka dia kini sedang mendalami serta menganut agama lain.

“Saya ke India atas sebab bercuti setelah penat bekerja. Saya memang suka melancong jika ada kelapangan jadual, jadi kali ini saya memilih India”, katanya.

“Percutian saya kali ini lebih kepada merehatkan minda dan menerokai budaya dan tradisi masyarakat India. Upacara yang saya hadiri itu bukanlah ritual keagamaan mana-mana agama sebaliknya hanya sekadar sesi rejuvinasi diri”, jelas Jasmine.

“Walaubagaimanapun, daripada pemerhatian saya kepada banyak ritual dan kepercayaan di India dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri kemiskinan yang berlaku di sana, saya percaya bahawa agama adalah landasan yang baik membentuk jati diri manusia.

“Saya percaya agama berfungsi sebagai panduan untuk menjadi orang yang baik, untuk memberi kembali bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada semua orang dan setiap spesies di sekeliling kita. 

“Percutian ini bukan sekadar pengembaraan kosong, sebaliknya ia telah mengajar saya kesederhanaan hidup dan kejayaan seseorang tidak boleh diukur dan dinilai dari segi material,” tambah Jasmine.

Sebelum ini Jasmine tidak pernah mendedahkan agama yang dianutinya namun secara terbuka mengakui pernah menghadiri kelas agama Islam sebagai untuk menambah ilmu pengetahuan.

Dalam pada itu, Jasmine turut menambah yang percutiannya kali ini juga sebagai satu ‘escapism’ daripada media sosial. 

“Sebagai selebriti, adalah satu kemestian untuk mengemaskini perkembangan terkini di media sosial. Kadang-kadang ada rasa sedikit ketinggalan jika tiada apa yang hendak dimuat naik di Instagram. Situasi ini ada kalanya membuatkan saya sedikit tertekan, apatah lagi untuk memikirkan kandungan apa yang terbaik untuk dikongsikan kepada pengikut saya,” luahnya.

Kata Jasmine, dia dan pihak pengurusan sedang merangka perancangan terbaharu untuk memastikan dia aktif di laman sosial.

Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal memulakan penggambaran sebuah drama komedi romantik, serta bakal membintangi sebuah projek bersama penerbit terkenal, Datuk Saniboey.

Tambah Jasmine, dia sangat teruja untuk menjayakan watak daripada projek yang bakal disiarkan di Tonton TV ini. Watak yang ditawarkan merupakan antara watak paling diimpikan olehnya dan percutian ke India ini juga antara salah satu cara untuk Jasmine membentuk persona untuk karakter seterusnya. - Getaran, 28 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN