web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Christina Ashten Gourkani - Model Wajah Seiras Kim Kardashian Mati Akibat Serangan Jantung Selepas Jalani Pembedahan Plastik

Christina Ashten Gourkani, model Amerika berusia 34 tahun, yang dikenali sebagai Ashten G Online, meninggal dunia pada Khamis lalu di sebuah hospital di California ketika dia sedang memulihkan diri daripada operasi pembedahan plastik.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 12:07PM

Christina Ashten Gourkani - Gambar Facebook Christina Ashten Gourkani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Model OnlyFans dan yang memiliki wajah seiras dengan selebriti usahawan dan pempengaruh, Kim Kardashian telah meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam selepas menjalani prosedur pembedahan plastik. 

Christina Ashten Gourkani, model Amerika berusia 34 tahun, yang dikenali sebagai Ashten G Online, meninggal dunia pada Khamis lalu di sebuah hospital di California ketika dia sedang memulihkan diri daripada operasi pembedahan plastik tersebut. 

Keluarga dan rakan-rakan Christina berkata bahawa, prosedur perubatan berubah menjadi lebih teruk sebelum dia meninggal dunia secara tiba-tiba dalam keadaan yang sangat tragis pada 20 April. 

Mereka kini telah melancarkan laman web GoFundMe untuk mengumpul wang bagi menyempurnalan pengebumiannya yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mei nanti. 

Christina Ashten Gourkani (kiri) dikatakan memiliki wajah seiras Kim Kardashian (kanan) - Gambar Facebook Christina Ashten Gourkani dan Kim Kardashian
Christina Ashten Gourkani (kiri) dikatakan memiliki wajah seiras Kim Kardashian (kanan) - Gambar Facebook Christina Ashten Gourkani dan Kim Kardashian

Menerusi laman web tersebut, ahli keluarga Christina turut berkongsi cerita detik-detik cemas sewaktu mereka mendapat panggilan daripada salah seorang anggota keluarga yang berada di hospital. 

Ahli keluarga itu dalam keadaan menjerit memberitahu bahawa Christina akan mati akibat prosedur perubatan yang jadi salah. 

Christina adalah salah seorang bintang yang semakin meningkat di platform OnlyFans serta mempunyai rangkaian  peminat yang besar.

“Pada awal pagi, sekitar jam 4.30 pagi pada 20 April, keluarga kami menerima panggilan telefon daripada salah seorang ahli keluarga yang menjerit dan menangis pada waktu yang sama 

“Di hujung kata-katanya itu, dia memberitahu: Ashten akan mati …Ashten akan mati …

"Selepas tiba di hospital sejurus selepas mendapat panggilan telefon tersebut, kami sekeluarga terus berdepan dengan mimpi ngeri kerana kami dimaklumkan kesihatan terus merosot dalam lingkaran menurun dan menjadi lebih teruk selepas mengalami serangan jantung,”  tulis keluarga Christina dalam laman web GoFundMe yang dicetuskan buatnya itu pada 25 April lalu. 

Saudara-mara Christina menambah, bahawa model itu mengalami serangan jantung berikutan "prosedur perubatan yang menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk, yang mana ia kini sedang dalam siasatan. 

Rakan modelnya di OnlyFans iaitu Mary Magdalene telah memuat naik sebuah status sebagai satu penghormatan buat Christina. 

"Saya tidak begitu mengenalinya, tetapi saya selalu melihatnya secara rawak di Instagram dan menganggap dia benar-benar cantik tetapi sangat sedih dia baru sahaja meninggal dunia akibat pembedahan plasti,” tulisnya. 

Mary Magdalene yang juga obses dengan pembedahan plastik juga hampir mati sewaktu menjalani prosedur untuk memiliki vagina paling tembam di dunia. 

Seorang lagi rakan model di OnlyFans iaitu Maddison Fox pula berkata: “Saya sangat sedih mendengar pemergianmu, pergi dengan terlalu cepat”. - Getaran, 28 April 2023 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN