web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelantun Suara Latar Iklan Era 80-an, Ramly Abu Bakar Meninggal Dunia

Allahyarham pernah bertugas sebagai penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar awal 70-an malah dengan keunikan suaranya, beliau terkenal sebagai ‘suara emas’ kerana meminjamkan suara sebagai suara latar dalam pelbagai iklan radio dan televisyen.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 4:06PM

Allahyarham Ramly Abu Bakar - Gambar ihsan The Star

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyampai suara latar iklan dan pengacara popular sekitar era 70-an dan 80-an, Ramly Abu Bakar meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal pagi hari ini.

Berita sedih itu dikongsi selebriti Darling Ngasri di Facebooknya hari ini selepas berita pemergian Ramly dimaklumkan oleh anak sulung Allahyarham.

“Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi di rumah anaknya, di Kundang, Rawang. Jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Nurul Yakin, Kampung Permata Kundang sebelum disolatkan selepas solat Zohor hari ini,” menurut hantarannya di Facebook hari ini.

Bagaimanapun punca kematian penyampai berita televisyen veteran itu tidak dinyatakan.

Allahyarham pernah bertugas sebagai penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar awal 70-an malah dengan keunikan suaranya, beliau terkenal sebagai ‘suara emas’ kerana meminjamkan suara sebagai suara latar dalam pelbagai iklan radio dan televisyen.

Antara iklan yang hingga kini masih segar dalam ingatan peminatnya adalah iklan produk tembakau Dunhill, selain suaranya digunakan dalam mempromosikan rancangan televisyen.

Ramly juga pernah berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem berjudul Gagak Hitam sebagai watak pembaca berita, selain membintangi filem Menanti Hari Esok arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin pada 1977. - Bernama

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu