web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Menyesal Tak Rakam Video Masa Diskusi Malam Tu' - Puteri Sarah Liyana

Menurut Puteri Sarah, dia menyesal tidak merakam sesi perbincangan mereka yang berlangsung pada minggu lalu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 10:13AM

Puteri Sarah Liyana ketika hadir di mahkamah baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana mengakui dia menyesal kerana tidak merakam sesi diskusinya bersama suami iaitu Syamsul Yusof sewaktu pertemuan mereka pada minggu lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul telah bertemu untuk membincangkan syarat-syarat persetujuan untuk mereka bercerai. 

Namun seperti yang semua tahu, perceraian yang sepatutnya berlaku pada 18 April lalu tertangguh kerana masing-masing tidak bersetuju dengan pindaan baru dalam perjanjian penceraian mereka. 

Antara syarat yang diminta oleh Syamsul untuk dia melepaskan Puteri Sarah adalah menggugurkan kes mahkamah yang melibatkan isteri keduanya iaitu Ira Kazar.

Syamsul turut meminta diskaun sebanyak 30 peratus untuk jumlah nafkah kedua-dua anaknya. 

Syamsul Yusof
Syamsul Yusof

"Menyesal tak record video masa discussion malam tu.  I should have known kaki spin punya cerita. 

''Tak apalah, bulan Ramadan, Allah ada untuk jaga saya dan anak-anak," tulis Puteri Sarah dalam hantaran yang dimuatnaiknya di Insta Story. 

Puteri Sarah juga turut berkongsi tangkap layar mesej perbualannya bersama Syamsul mengenai permintaan untuk merakam sesi perbincangan mereka. 

Terdahulu, menerusi sebuah video, Syamsul memberitahu bahawa dia dan Puteri Sarah telah membuat perjanjian untuk bercerai.

Antaranya ialah Puteri Sarah meminta Syamsul untuk menarik balik kes nusyuz yang difailkan terhadapnya dan Syamsul pula meminta agar Puteri Sarah menarik semula kes yang melibatkan keluarga Ira Kazar. - Getaran, 20 April 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN