web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Sempat Selesaikan Penggambaran Siri ‘Wedding Impossible’, Jung Chae Yul Sudah Meninggal Dunia!

Pelakon Jung Chae Yul yang baru sahaja berusia 26 tahun telah ditemui mati di kediamannya pada awal pagi tadi (waktu tempatan Korea Selatan).

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 4:09PM

Jung Chae Yul - Gambar Instagram Jung Chae Yul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres Jung Chae Yul yang baru sahaja berusia 26 tahun telah ditemui sudah meninggal dunia di kediamannya pada awal pagi tadi (waktu tempatan Korea Selatan).

Kematian Jung Chae Yul benar-benar mengejutkan netizen dan para peminatnya kerana baru dua hari lalu dia dilihat telah memuat naik hantaran terbaharu di dalam Instagramnya, lapor Koreaboo.

Bahkan, kematian Jung Chae Yul juga turut mengejutkan industri K-drama khususnya dalam kalangan tenaga kerja produksi siri 'Wedding Impossible'. 

Apatah lagi pada saat, Jung Chae Yul sendiri dilaporkan sedang sibuk menyiapkan penggambaran siri web drama tersebut. 

Setakat ini, punca kematian Jung Chae Yul tidak diketahui. Namun, syarikat pengurusannya iaitu Management S telah pun mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan kematiannya. 

“Kami berada di sini untuk menyampaikan berita yang menyayat hati. Pelakon Chaeyul (panggilan untuk Jung Chae Yul) telah meninggalkan kami.

“Pengebumiannya akan diadakan secara peribadi mengikut kehendak keluarganya, yang sudah pasti berada dalam kesedihan yang lebih besar daripada orang lain. 

“Kami berharap anda berdoa untuk pemergian Chaeyul, yang juga ikhlas dalam lakonannya, agar dia boleh berehat dengan aman,” katanya. 

Jung Chae Yul yang sebelum ini pernah muncul dalam K-drama, 'Zombie Detective' sebagai pelakon pembantu. – Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu