web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dituduh Terkena Kifarah Gara-Gara Pernah Mengata Sharnaaz Ahmad, Ini Respon Syada Amzah

Netizen telah mengaitkan apa yang berlaku pada keluarga Syada Amzah adalah kifarah selepas dia mengata Sharnaaz Ahmad satu ketika dahulu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 9:35AM

Syada Amzah - Gambar daripada Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini penyanyi yang juga merupakan adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah telah menulis surat terbuka buat bapa mereka iaitu ND Lala yang dikatakan telah meninggalkan mereka sekeluarga demi membina hidup dengan wanita lain.

Dalam surat terbuka yang dimuatnaik di akaun media sosial Syada itu, dia memberitahu bahawa terpaksa berbuat semikian kerana sudah tiada mempunyai akses untuk menghubungi bapanya lagi.

“Kepada ayah, hari ini tiada gambar ayah. Selamat hari lahir yang ke 62. Terima kasih di atas segala pengorbanan membesarkan kami empat beradik. Kami telah menerima ketentuan di mana ayah memilih untuk meninggalkan kami sekali lagi. Kami bukan pilihan ayah. Selamat hari raya,” tulisnya.

Ruangan komen hantaran berkenaan telah dibanjiri dengan komen daripada netizen serta rakan-rakan selebriti yang dilihat cuba memberikan kata-kata semangat buat Syada.

Namun, di sebalik komen-komen itu, terselit komen netizen yang mengaitkan apa yang berlaku terhadap keluarga Syada adalah kifarah gara-gara dia pernah mengata Sharnaaz Ahmad satu ketika dahulu.

“Itulah, lain kali jangan duk kata kat Sharnaaz Ahmad sebelum ni. Allah balas balik dekat keluarga Syada. Lain kali jangan kata kat orang lain,” komen netizen berkenaan.

Syada dilihat telah membalas komen itu dengan menulis: “Saya tidak akan menarik balik kata-kata saya atau memohon maaf atas perkara yang saya lakukan untuk mempertahankan keluarga. Kifarah memang wujud, tetapi kifarah ini bukan kerana kata-kata saya kepadanya”.

Terdahulu, ibu kepada Syada iaitu Fauziah Sarman telah membuat pendedahan mengejutkan apabila memuatnaik foto seorang wanita dengan kapsyen ‘penyondol’.

Wanita berkenaan juga dipercayai merupakan salah seorang sahabat kepada Shila Amzah. Bagaimanapun, gambar berkenaan telah pun dipadam daripada Instagram Fauziah. -Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Orang Lain Beraya Ada Ibu Bapa, Suami..,’ Syada Amzah Sebak Tengok Keadaan Ibu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN