web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Orang Lain Beraya Ada Ibu Bapa, Suami..,’ Syada Amzah Sebak Tengok Keadaan Ibu

Demi membahagiakan ibunya, Syada yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya turut mengumpulkan adik-beradik dan keluarga terdekat bagi meraikan lebaran bersama-sama ibunya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 4:00PM

Gambar daripada Instagram Syada Amzah

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Syada Amzah turut sebak melihat ibunya menangis setiap kali mendengar lagu raya yang meruntun perasaan.

Mana tidaknya, menurut Syada, ibunya Fauziah Sarwan merupakan seorang yatim piatu yang sudah kehilangan ibu dan bapa.

“Dari raya pertama saya dah rasa rendah diri melihat orang lain beraya ada keluarga dan pasangan (semestinya saya gembira buat mereka). Semalam saya rasa sebak betul.

“Akhirnya dapat juga beraya dengan adik-beradik lengkap. Jangan salah faham, beraya dengan ibu berdua pun seronok, dia layankan sahaja apa saya mahu.

“Tapi kesian tengok dia (ibu) sebab mesti sambil beraya, dia tengok je orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak anak. It broke me. 

“Belum lagi dengan saya kena jaga dia dari terdengar lagu sedih. Sebelum dia menangis saya dah nangis dahulu,” tulisnya menerusi Insta Story.

Bukan itu sahaja, Syada yang juga merupakan anak bongsu dalam keluarganya turut mengumpulkan adik-beradik dan keluarga terdekat bagi meraikan lebaran bersama-sama ibunya.

“Semalam adik kepada ibu turut datang. Terima kasih Mak Ngah sebab datang. Cucu sedara penuh satu rumah. Saya buat biarkan dia sibuk semalam. Sampai rumah terus K O,” tulisnya lagi.

Syada turut memuat naik gambar ibu dan adik-beradiknya di Instagram tanpa kelibat bapa mereka, ND Lala.

Terdahulu, tular apabila Fauziah mendedahkan gambar seorang wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama-sama ND Lala. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Dituduh Terkena Kifarah Gara-Gara Pernah Mengata Sharnaaz Ahmad, Ini Respon Syada Amzah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...