web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Model Gigi Habib Pertahankan Varun Dhawan Apabila Aktor Ini Diselar Netizen Kerana Menarik Dan Mencium Pipinya 

Rata-rata netizen nampaknya seakan tidak boleh menerima perlakuan Varun itu. Mereka berpendapat, Varun seharusnya meminta izin daripada Gigi untuk mengangkat dan menciumnya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 7:05PM

Aksi Varun mengangkat Gigi hangat diperkatakan netizen. - Gambar dari Instagram @Viral Bhayani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak sungguh kontroversi yang tercetus sewaktu pelancaran Nita Mukesh Ambani Cultural Centre yang diadakan Kurla Complex di Bandra Mumbai selama dua hari berturut-turut, baru-baru ini. 

Namun, kontroversi yang cukup hangat diperkatakan adalah aksi aktor Varun Dhawan yang dianggap keterlaluan apabila menarik, mengangkat serta mencium model terkemuka antarabangsa, Gigi Hadid. 

Ramai selebriti Bollywood dan Hollywood ternama yang diundang untuk menghadiri majlis pelancaran pusat budaya mega yang dibina oleh hartawan India, Mukesh Ambani dengan isterinya, Nita, termasuklah Varun dan Gigi. 

Gigi Hadid kelihatan menawan ketika mengenakan baju rekaan Abu Jani Sandeep Khoslas. - Gambar dari media sosial
Gigi Hadid kelihatan menawan ketika mengenakan baju rekaan Abu Jani Sandeep Khoslas. - Gambar dari media sosial

Pada hari kedua majlis pelancaran itu diadakan, Varun turut beraksi dengan sebuah persembahan tarian lagu Bollywood. 

Dalam persembahan tersebut, Varun telah menarik Gigi yang sedang duduk serta mengangkatnya ibarat lagak seorang hero dalam filem Bollywood yang tipikal, kemudian dia turut mengucup pipi Gigi sebelum menurunkannya dan menunjukkan laluan di tempat duduknya semula. 

Memang gentleman sungguh aksi Varun terhadap Gigi. Namun, sebaik sahaja persembahan itu selesai, video persembahan Varun bersama Gigi itu menjadi viral. 

Aksi Varun ketika mengangkat Gigi sambil mengadakan persembahan. - Gambar dari Instagram Viral Bhayani
Aksi Varun ketika mengangkat Gigi sambil mengadakan persembahan. - Gambar dari Instagram Viral Bhayani

Rata-rata netizen nampaknya seakan tidak boleh menerima perlakuan Varun itu. Mereka berpendapat, Varun seharusnya meminta izin daripada Gigi untuk mengangkat dan menciumnya. Apatah lagi, dia sendiri sudah berkahwin. 

Akibat daripada itu, Varun telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen hingga memaksa aktor kacak tersebut menjelaskan di dalam Twitter miliknya bahawa apa yang dilihat oleh mereka di dalam persembahan itu sebenarnya adalah aksi koreografi yang telah pun dirancang. 

Menyedari bahawa Varun diselar dan menerima kecaman yang keterlaluan daripada netizen, Gigi Hadid tampil memberikan sokongan terhadap aktor tersebut. 

Dalam satu hantaran di Ig Stories miliknya, Gigi telah berkongsi video persembahan bersama Varun dalam dengan kapsyen yang bertulis: "@varundvn menjadikan impian Bollywood saya menjadi kenyataan”. Ia turut diiringi emoji ketawa.

Varun membalas: “Gigi yang cute dan manis telah menjadikan impian saya satu kenyataan”. 

Nampaknya, Gigi yang kelihatan jelita mengenakan baju rekaan Abu Jani Sandeep Khoslas juga adalah penggemar muzik Bollywood. – Getaran, 3 April 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN