web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Sudah Memaafkan Pihak Di Sana (Sophia AlBarakbah), Tapi Untuk Melupakan Memang Tidak Mudah – Bella Astilah

Menurut Bella lagi, bukan hanya Aliff yang mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran berlakon dalam produksi drama yang sama dengan Sophia, tetapi juga dirinya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 9:08PM

Bella Astilah - Gambar oleh Ellyna Ali 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sudah sudah memaafkan Sophia Albarakbah yang sebelum ini didakwa telah mengganggu suaminya Aliff Aziz sewaktu menjayakan sebuah penggambaran drama bersiri bersama, namun Bella Astilah mengakui tidak mudah baginya melupakan perbuatan aktres tersebut.  

“Tapi, kalau Bella nak perbaiki rumahtangga, nak tenang, nak jalani kehidupan, nak bekerja, nak jaga anak-anak, Bella sudah memaafkan pihak di sana (Sophia Albarakbah).

“Tapi, Bella akui untuk melupakan memang tidak mudah. Cara untuk Bella adalah dengan melakukan aktiviti harian dengan keluarga, dengan Aliff dan anak-anak. 

“Dengan harapan lepas nih, takde masalah-masalah yang timbul. Tapi, Bella pun paham, dalam hidup kita tidak boleh lari daripada masalah. Sebab ujian akan datang berterusan. 

“Bella pun tak tahu nak cakap macam mana. Bella takut sebenarnya. Tapi Bella harap sangat takkan ada masalah lagi selepas ini,” katanya kepada Getaran. 

Bella ingin menjalani kehidupan berumah tangga dalam keadaan tenang dan berharap tiada lagi masalah akan muncul selepas ini.
Bella ingin menjalani kehidupan berumah tangga dalam keadaan tenang dan berharap tiada lagi masalah akan muncul selepas ini.

Menurut Bella lagi, bukan hanya Aliff sahaja yang mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran berlakon dalam produksi drama yang sama dengan Sophia, tetapi juga dirinya. 

“Alif pernah cakap yang dia memang tidak akan bekerjasama lagi dengan pihak di sana (Sophia). Sama juga macam bella. Sebab hanya Bella dan Alif sahaja yang tahu apa yang terjadi. 

“Bella ada ternampak wawancara pihak di sana (Sophia) sambil menangis, siap kata, orang tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. 

“Bella pun tak tahu kenapa dia bagi kenyataan seperti itu. Bella pun tak boleh salahkan peminat atau netizen untuk percaya kata-kata dia. Yang penting, Allah SWT tahu apa yang terjadi,” katanya yang ditemui di majlis berbuka puasa Universal Music Malaysia bersama pelajar maahad tahfiz dari Pusat Tahfiz Darus Syabab di Hotel Royal Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Sophia ALBarakbah - Gambar fail
Sophia ALBarakbah - Gambar fail

Ditanya pandangannya apabila Sophia kita mendakwa dirinya sudah punya teman lelaki bergelar doktor, Bella berkata, tidak  kisahlah kalau seseorang itu ada teman lelaki atau teman wanita, tapi ia tidak bermaksud seseorang itu tidak boleh berskandal seperti mana golongan suami atau isteri. 

“Apapun semoga dia bahagia. Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke Jannah. Harapannya, selepas ini dia tak buat lagi benda macam nih. Tapi, apa yang dia nak buat lepas ini adalah di luar kemampuan Bella. Saya doakan yang terbaik untuk dia,” katanya. 

Jelas Bella lagi, selepas apa yang berlaku termasuk sejarah kecurangan Aliff sebelum ini, dia tidak pernah cuba untuk memantau aktiviti lakonan suaminya itu. 

“Sebelum ini pun, Bella tidak pernah tanya dengan siapa berlakon dan Bella tidak pernah datang jenguk dia di set lokasi. Sebab Bella tak mahu ganggu dia dan Bella juga meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada dia. 

“Walaupun ada yang bertanya, eh dah macam-macam berlaku pun Bella masih percayakan dia? Sudah tentu. coz. Kalau Bella tak percayakan dia, susahlah nak pertahankan rumah tangga yang kami bina itu. 

“Sekarang ini pun Aliff ada syuting dengan seorang pelakon wanita. Tapi takde apa masalah pun. Bella percaya sebagai manusia kita diberikan naluri yang akan membantu kita untuk beritahu sama ada orang itu okay atau tidak. Naluri itu tidak boleh dibuat-buat,” katanya. 

Selepas apa yang berlaku termasuk sejarah kecurangan Aliff sebelum ini, Bella mendedahkan dia tidak pernah cuba untuk memantau aktiviti lakonan suaminya itu. 
Selepas apa yang berlaku termasuk sejarah kecurangan Aliff sebelum ini, Bella mendedahkan dia tidak pernah cuba untuk memantau aktiviti lakonan suaminya itu. 

“Tentang pandangan netizen yang berpendaat bahawa lelaki yang curang akan terus curang dan tidak boleh dimaafkan, Bella berkata, dia tidak boleh salahkan netizen kerana mereka mempunyai  pandangan mereka sendiri.

“Tapi ini tertakluk kepada individu itu sendiri. Kalau rasa masih boleh memaafkan, mengapa tidak. Bella tak nak samakan dengan orang lain. Masing-masing ada pendapat dan cara masing-masing. 

“Selagi bella boleh bertahan, Bella akan bertahan. Tapi, setiap manusia ada hadnya untuk bertahan dan bersabar. Cuma, Bella tak tahu sampai bila dan tahap mana Bella mampu bertahan,” katanya lagi. – Getaran, 30 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'Fitnah Saya Kempen Dalam Masjid, Sila Minta Maaf Dalam Tempoh 24 Jam'

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Diminta Mohon Maaf, ‘Jangan Hina Wartawan, Boleh Sahaja Bersikap Profesional, Sopan’

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Hadkan Komen Di Instagram, Sophia AlBarakbah Takut Dikecam Peminat Kerana Isu Kacau Aliff Aziz? 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN