Berita Terkini

51 minit yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 52 minit yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 2 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi 2 jam yang lalu: Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan 2 jam yang lalu: Suku akhir Piala FA: Negeri Sembilan FC 1-3 Selangor FC

IKUTI KAMI


Aliff Syukri Dikecam Pakai Baju Renang Dalam MV Lagu Raya Baharu, Cemarkan Tradisi Baju Melayu Bila Bersampin Dan Bersongkok

Menerusi instagramnya hari ini, Aliff telah berkongsi sedutan muzik video lagu raya baharunya  bertajuk ‘Chu Ku Chu Raya’ yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 6:08PM

Video terbaru lagu raya daripada Aliff Syukri mengundang kontroversi kerana dianggap mencemarkan budaya. - Gambar dari Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, setiap kali itu jugalah usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sibuk untuk muncul dengan lagu raya terbaharu. Dan, setiap kali lagu raya baharu nyanyiannya dilancarkan di pasaran, ia pasti akan menjadi trending sehingga meraih jutaan tontonan di saluran YouTube miliknya. 

Apa tidaknya, ada sahaja kontroversi yang cuba dicetuskan Aliff Syukri menerusi muzik video (MV) lagu rayanya itu sehingga mengundang pelbagai kecaman netizen. Kononnya, itu adalah taktik ‘pemasaran’ demi meraih kedudukan sebagai penyanyi nombor satu dengan jumlah tontonan yang banyak.

Bahkan, disebabkan terlalu ghairah menggunakan mencetuskan kontroversi untuk mengejar view, Alif pernah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik lagu rayanya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Namun, usahawan ini nampaknya tak serik-serik. Menerusi instagramnya hari ini, Aliff telah berkongsi sedutan muzik video lagu raya baharunya bertajuk ‘Chu Ku Chu Raya’ yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Namun, pakaian baju Melayu siap bersampin dan bersongkok yang dikenakan Alif bersama penari-penarinya yang kebanyakannya lembut mengalahkan ‘sotong’ dalam sedutan muzik video itu telah membuatkan netizen berasa kurang senang, bahkan ada yang tidak dapat menahan perasaan berang kerana ia dianggap mencemarkan budaya. 

Pakaian yang kononnya dilabel sebagai baju Melayu itu diperbuat daripada fabrik lycra atau campuran polyster yang melekat di badan. Ia lebih nampak seperti baju renang berbanding baju Melayu dan kebetulan pula, memang kedua-dua jenis fabrik ini memang selalu digunakan untuk membuat pakaian renang. 

Malah, dia turut mendakwa dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara dalam paparan berkenaan dimuat naik di Instagram malam tadi.

Meninjau ke ruangan komen, paparan tersebut, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen yang ‘menyindir’ pemakaian Aliff serta penari latar seperti baju renang. Tidak kurang juga yang mengatakan Alif dan penari-penari seperti teletubbies atau power rangers. 

“Dia I nak pergi raya ke atau nak pergi berenang ini, boleh kita postpone raya, biar dia berenang dulu,” kata pemilik akaun @Azhar 

“Raya ni kita banjir ke dato? Macam standby nak berenang je tu,”@ kata Hatta Dolmat

“Asal nak raya je dato mesti ada masalah mental. Semoga aliff syukri diberi kesihatan yang baik. Kesian anak-anak,” @chezhamdan.

“Sengaja je dia provoke buat baju macam tu orang kecam, dia akan dapat attention. Orang akan sebut, ni semua marketing, lepas tu keluar la video nangis minta maaf,” kata @ Amaluddin 

Sementara itu, ada juga netizen yang mendakwa bahawa Aliff seakan mencabar dan tidak menghormati kesucian bulan Ramadan. Dan bagi pereka fesyen, Jimmy Couture pula, dia tealah meluahkan kekesalan apabila terhadap tindakan Alif yang seolah-olah menjadi perosak budaya. 

“Dah la kita kurang budaya, banyak budaya yang datang dari luar berhijrah di Malaysia. Bila dah ada yang original, kita tak mahu hargai,” katanya dengan emoji sedih.  - Getaran, 30 Mac 2023 

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

Selebriti 34 minit yang lalu

Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Balqis Selar Pelakon Berusia 14 Tahun Yang Cuba Cari Fasal Dengannya, Netizen Petik Nama Qistina Raisah

Selepas Puteri Balqish menyelar perangai seorang pelakon berusia 14 tahun, netizen terus menyerang akaun Instagram pelakon cilik, Qistina Raisah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Saya Sudah Ada Teman Istimewa, Namun Belum Ada Jodoh Nak Kahwin – Zarina Zainoordin

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Zainoordin berkata, dia berkenal individu berkenan hampir 10 tahun dan keluarganya sudah kenal lelaki berkenaan.

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 1 hari yang lalu

Peguam Beritahu Syamsul Yusof Tidak Tahu Mengenai Dakwaan Lafaz Cerai Pernah Terjadi 2 Kali Sebelum Ini 

oleh Helmi Anuar