web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netizen Fikirkan Ada Sekuel Istanbul Aku Datang, Rupanya Lisa Surihani Dan Beto Kushairy Jayakan Promo Video Produk 

Hantaran video yang dimuat naik Lisa itu menerima banyak komen daripada netizen yang mengakui rindu dengan Istanbul Aku Datang! serta mengakui video itu sedikit-sebanyak dapat mengimbau kenangan mereka terhadap filem itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 2:20PM

Ramai menyangka ia adalaah sekuel Istanbul Aku Datang, sebaliknya, ia adalah promo video untuk kambing perap jenama Pak Mat Western. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah 11 tahun filem Istanbul Aku Datang! dihasilkan. Tapi ramai yang masih tidak dapat move on dengan garapan jalan cerita, lakonan, dialog serta  sinematografi  filem romantik komedi arahan Bernard Chauly itu. 

Bahkan, ramai yang akui bahawa hingga saat ini, mereka masih lagi tak jemu menonton Istanbul Aku Datang! berulang kali. Penampilan Beto Kushairy dengan watak Harris serta Lisa Surihani (Dian) sungguh menjadi dan chemistry mereka berdua sebagai teraju utama filem ini memang best giler.

Tidak hairanlah mengapa sehingga saat ini, ramai yang mengharapkan akan adanya sekuel filem tersebut. Oleh itu, apabila Lisa memuat naik sebuah hantaran video pendek semalam, ramai yang teruja. 

Hantaran video pendek yang menampilkan babak lakonannya bersama Beto beserta kapsyen berbunyi: Dejavukan? Sudah 11 tahun, dia datang mengganggu balik hidup saya? 

Wow! Nampaknya sekuel Istanbul Aku Datang! memang menjadi kenyataan. Apatah lagi kualiti shot dan camera work dalam video itu, macam filem, nampak cantik dan profesional.  Juga skrip dan lagu sama. 

Tapi malangnya, video pendek itu tiada kaitan pun dengan sekuel Istanbul Aku Datang!. Sebaliknya, ia adalah promo video untuk kambing perap jenama Pak Mat Western.

Namun, dalam video itu, Dian yang sudah pun berkahwin telah terserempak semula dengan Harris di sebuah kawasan perumahan. Dia yang baru berpindah di situ, pada mulanya tidak perasan itu adalah Harris dan mengajaknya datang berbuka di rumah. 

Harris yang ketika iti sibuk mencari kunci kereta hampir gagal mengawal kemarahannya apabila Dian tidak memahami bahawa dia sibuk mencari kuncinya. Apabila dia menoleh dan bersemuka dengan jiran barunya itu, dia terkejut.Dia juga terkejut kerana tidak menyangka di akan bertemu semula dengan Harris. 

Selebihnya, korang semua kena kena tengoklah drama pendek ini. Tapi menariknya, Yusry Abdul Halim yang berlakon sebagai suami sebenar Lisa juga turut membuat penampilan di dalam video ini. 

Hantaran video Lisa itu menerima banyak komen daripada rakan-rakan selebriti serta netizen yang mengakui rindu dengan Istanbul Aku Datang! serta mengakui video itu sedikit-sebanyak dapat mengimbau kenangan mereka terhadap filem ini. Malah, mereka akui lakonan Lisa dan Beto memang nampak comel. 

Tidak kurang juga yang akui bahawa mereka terharu dan tidak dapat menitiskan air mata apabila melihat Lisa dan Beto disatukan semula. Memang Hebat sungguh penangan Istanbul Aku Datang! Mungkin Red Films Sdn Bhd selaku penerbit dapat memikirkan sesuatu? – Getaran, 29 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Akui Tak Fikir Soal Mekap, Lisa Surihani Sibukkan Diri Belajar Ilmu Agama

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Mohon Jangan Bawa 'Motor' Macam Tu Lagi.” - Azhan Rani

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : 8 Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata 2021

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN